Menjelang Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) yang bakal berlangsung dari 5 hingga 11 Disember 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dijangka ada beberapa model baharu bakal yang bakal dilancarkan.
Menerusi paparan slaid ini, kita bakal menyaksikan beberapa jenama seperti Perodua, Nissan, Toyota, Great Wall Motor (GWM), KIA, Morris Garages (MG), Mazda dan beberapa lagi jenama bakal melancarkan model baharu mereka.
Perodua merupakan salah satu jenama yang bakal membuat kejutan di KLIMS24 nanti dan mereka bakal memperkenalkan model konsep terbaharu sebagai tarikan utama pameran tersebut.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Berkemungkinan besar, kita akan dapat menyaksikan prototaip dalam skala sebenar model EM-O Concept yang merupakan petunjuk kepada EV pertama keluaran Perodua.
Menurut informasi yang penulis dapat, Perodua tidak akan melancarkan model baharu di KLIMS24. Mungkin juga ‘ada kejutan lain’ seperti pratonton awal model SUV baharu mereka, iaitu D66B.
Selain model konsep Perodua, antara model baharu yang bakal dilancarkan di KLIMS24 nanti termasuklah:
- Nissan Kicks e-POWER
- Toyota Corolla Cross facelift
- KIA Sportage 2025 (CKD)
- MG-HS
- MG Cyberster
- Mazda-CX-60
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Selain itu GWM dan GAC Aion akan mempertontonkan produk terbaharu, manakala Mitsubishi, Proton, Toyota, Honda, Xpeng, Tesla, Modenas, Kawasaki, Mforce dan beberapa jenama lain akan turut mempamerkan kenderaan mereka di sana.
Para pengunjung turut berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan sebuah Toyota Yaris 1.5G Limited dalam warna Platinum White Pearl dwitona, serta Perodua Axia berwarna Lava Red.
Harga tiket RM20 bagi dewasa untuk hari bekerja dan RM25 pada hujung minggu. Manakala bagi remaja berusia 13 hingga 17 tahun, termasuk penuntut di kolej dan universiti sehingga 25 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM10.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI