ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selepas LRT, Anthony Loke tinjau perkhidmatan KTM Komuter dan TBS pula

Berita Tempatan

Views

Menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook rasminya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan petang tadi, beliau telah meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Jelasnya, beliau mengambil tren komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantunya.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Beliau turut menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan pihak pengurusan KTMB dalam masa terdekat untuk membincangkan cara untuk menambahbaik dan menambah kekerapan perkhidmatan Komuter.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Beliau faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaik taraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala.

Menteri Pengangkutan itu juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan TBS untuk membincangkan kesiapsiagaan untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anthony Loke Siew Fook

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply