ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sembilan anak Malaysia terpilih ke World Toyota Dream Car Art Contest

Views

Toyota Dream Car Art Contest edisi kali ini telah menerima lebih 1,300 hasil seni dari kanak kanak berbakat dari seluruh negara. Sembilan daripada mereka telah terpilih untuk membawa cabaran Malaysia ke World Toyota Dream Car Art Contest pada bulan Ogos nanti. Tiga kategori telah dipertandingkan, Kategori 1 (bawah 8 tahun), Kategori 2 (8 – 11 tahun) dan Kategori 3 (12 – 15 tahun).

Sejak 2004, Toyota Dream Car Art Contest telah diperkenalkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) Jepun sebagai inisiatif tanggungjawab sosial mereka. Pertandingan ini memberi peluang kepada kanak kanak di seluruh dunia menghantarkan lukisan kereta ipian mereka yang dinilai oleh juri yang pakar diperingkat kebangsaan dan dunia. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk minat dalam membangunkan idea mengenai kenderaan mobiliti masa depan.

Pemenang di peringkat kebangsaan akan dibawa ke TMC di Jepun untuk pemilihan terakhir di peringkat dunia. Pemenang di peringkat dunia bakal memenangi percutian ke Tokyo, Jepun untuk menghadiri acara penyampaian hadiah pada pada bulan Ogos 2017. Sembilan kanak kanak berbakat yang terpilih sebagai waki negara nanti adalah Lim Wei Wen, Choo Han Yean, Chew Xin Ni dalam Kategori 1 (bawah 8 tahun), Lee Pei Lin, Tan Ee Ven, Lim Xiao Yun dalam Kategori 2 (8 – 11 tahun) dan Charmaine Lim, Chee Ying Xuan, Lim Yuan Qian dalam Kategori 3 (12 – 15 tahun).

Juara dalam setiap kategori membawa pulang Apple iPad Mini 4, pemenang tempat kedua pula menerima sebuah basikal gunung (mountain bike) dan pemenang tempat ketiga menerima dua keping tiket setiap seorang ke taman tema Legoland di Johor. Pertandingan yang dianjurkan setiap tahun ini mencerminkan komitmen Toyota untuk mempromosikan seni sebagai sebahagian dari sumbangan sosial mereka kepada negara di mana mereka beroperasi.

KLIK UNTUK BESRKAN

Kategori 1 (bawah 8 tahun)

1st-Lim Wei Wen (7yrs) 2nd-Choo Han Yean (7yrs) 3rd-Chew Xin Ni (7yrs)

Kategori 2 (8 – 11 tahun)

1st-Lee Pei Lin (11yrs) 2nd-Tan Ee Ven (9yrs) 3rd-Lim Xiao Yun (11yrs)

Kategori 3 (12 – 15 tahun)

1st-Charmaine Lim (14yrs) 2nd-Chee Ying Xuan (13yrs) 3rd-Lim Yuan Qian (13yrs)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply