ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seorang peserta Himpunan RX-Z Members 5.0 maut kemalangan di LPT 2

Berita Tempatan

Views

Hasrat seorang pemilik motosikal Yamaha RX-Z untuk menyertai program Himpunan RX-Z Members 5.0 berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Jabor di Kemaman, hari ini.

Dalam kemalangan pukul 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Luqman Misnan, 30, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kemalangan sama turut menyebabkan dua lagi penunggang motosikal Yamaha RX-Z lain iaitu Aswade Ahmad, 36, dari Triang, Pahang dan Harry Aizam Hanafiah, 35, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan cedera parah.

Aswade mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan, manakala Harry Aizam pula patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke tapak himpunan di Gong Badak, Kuala Nerus.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhammad Luqman tiba-tiba hilang kawalan sebelum melanggar dua lagi penunggang lain yang berhenti di bahu kiri jalan.

Impak pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 37.5 meter sebelum mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Himpunan RX-Z merupakan acara tahunan mengumpulkan pemilik Yamaha RX-Z seluruh negara yang akan berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply