Lotus secara rasminya memperkenalkan model ‘hyper-GT‘ elektrik mercunya, iaitu Emeya dalam satu majlis gilang-gemilang di New York City.
Dikenali sebagai Type 133 sebelum ini, model sedan elektrik empat-pintu ini bakal memberi saingan sengit kepada Tesla Model S dan Porsche Taycan Turbo.
Fasa pengeluaran besar-besaran Emeya akan bermula pada tahun 2024 di kilang pengeluaran Lotus, Wuhan, China.
Apa yang menarik tentang Lotus Emeya?
- Model sedan ini menampilkan ‘jeriji aktif’ yang pertama kali diperkenalkan pada model Eletre. Ia bertindak untuk mengurangkan seretan serta meningkatkan kecekapan apabila ditutup, di samping menyejukkan bateri dan brek apabila ia dibuka.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
- Emeya dilengkapi spoiler hadapan aktif, diffuser aktif yang diinspirasikan dari sukan permotoran dan spoiler belakang aktif bagi memaksimakan ‘downforce’.
- Dibangunkan dari pelantar Electric Premium Architecture (EPA) yang berasaskan pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) dari Geely. Pelantar ini turut dikongsi bersama dengan Eletre.
- Dilengkapi dengan pek bateri 102 kWj yang menyokong pengecasan 350 kW. Pengecasan selama 5 minit memberikan jarak pemanduan 150 km, manakala takat bateri dari 10 hingga 80 peratus boleh dicas selama 8 minit menerusi pengecasan pantas 350 kW DC.
- Dari segi prestasi, ia mampu menghasilkan 905 kuasa kuda dan 984 Nm daya kilas menerusi dwimotor elektrik. Pecutan dari 0-100 km/j hanya memerlukan 2.8 saat, manakala kelajuan maksimanya mencecah 256 km/j.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
- Kuasa disalurkan kepada kesemua gandar roda menerusi transmisi dua-kelajuan, manakala sistem breknya pula adalah dari jenis “gred-perlumbaan”, menurut Lotus.
- Dari segi teknologi casis, suspensi boleh larasnya mampu menganalisis jalan di hadapan 1,000 kali sesaat!
- Lotus menjadi pembuat kereta pertama yang menggunakan benang jenis baharu yang diperbuat daripada sisa kapas dari industri fesyen dan pakaian. Ia bukan sahaja nampak mewah, bahkan lebih ringan berbanding kulit.
- Lotus juga menggunakan proses seperti pemendapan wap fizikal (PVD) untuk kemasan logam pada permukaan kabin tertentu. Selain itu, bahan Alcantara, poliuretana ultrafabrik dan kulit Nappa turut diguna pakai di beberapa bahagian.
- Dari segi audio, Emeya dipasang dengan sistem bunyi keliling KEF 3D dan ia turut dilengkapi dengan paparan tumpu realiti terimbuh bersaiz 55-inci, cermin sisi digital dan modul LiDar seperti Eletre.
Lebih banyak perincian akan diumumkan oleh Lotus menjelang pelancaran rasminya pada suku keempat (Q4) tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI