ARKIB

KATEGORI

Buletin

Separuh daripada kereta penumpang keluaran Volkswagen menjelang 2025 adalah SUV

Views

Merujuk pada tajuk artikel ini, kita sudah tahu apakah trend dan jenis kenderaan yang menjadi pilihan pengeluar kereta global kan? Yang ini bukan kami cakap, tapi Jürgen Stackmann, yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengurusan Jenama Volkswagen untuk Jualan, Pemasaran dan Selepas Jualan. Beliau berkata demikian semasa ditemubual pada pelancaran model SUV terbaharu Volkswagen, T-Cross.

Menjelang tahun 2025, Volkswagen meramalkan setiap jualan kereta penumpang keluarannya di seantero dunia “berkemungkinan besar adalah SUV”. Walaupun ia agak radikal jika difikirkan, namun rasionalnya tetap ada kerana salah satu daripada dua kereta penumpang Volkswagen adalah SUV, naik dari satu nisbah lima ketika ini. Syarikat tersebut menjangkakan peningkatan kukuh jualan SUV di negara-negara seperti di Amerika Utara dan Selatan, selain China.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

Volkswagen menganggarkan ia bakal menawarkan lebih daripada 30 model SUV di seluruh dunia menjelang tahun 2025. Pengeluar kereta dari Jerman itu kini mempunyai empat SUV global di pasaran, T-Cross, T-Roc, Tiguan dan Touareg. Ini tidak termasuk model yang eksklusif untuk rantau tertentu seperti Atlas untuk Amerika Utara dan Teramont untuk China.

Banyak model baharu akan menyusul kemudia termasuklah SUV elektrik pertama Volkswagen, I.D. Crozz yang dijangka tiba pada 2020. SUV kini semakin popular di seluruh dunia dan sebab itulah Volkswagen secara konsisten membuat serangan dalam segmen tersebut. Ia bakal menjadi kunci kepada perniagaan teras syarikat supaya mereka boleh melabur berbilion Euro untuk membangunkan tekonlogi mobiliti dan pemanduan berautonomi.

JOM BACA >> INTIP: Geely Boyue pemanduan sebelah kanan dan Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply