ARKIB

KATEGORI

Buletin

Serena facelift muncul di laman sesawang Nissan Jepun – Tampil dengan jeriji V-Motion

Berita Global

Views

Baru-baru ini laman sesawang rasmi Nissan Jepun telah membuat pendekatan yang berbeza dengan memuat naik beberapa imej rasmi Serena facelift untuk pasaran domestik Jepun (JDM). Mungkin ramai peminat jenama ini di Malaysia agak hairan mengapa begitu awal Nissan menaik taraf model tersebut kan?

Sebenarnya, model ini telah diperkenalkan di negara matahari terbit itu sejak 2016, namun ia hanya tiba di Malaysia dua tahun selepas itu. Jadi ia bukanlah sesuatu yang pelik bagi pengeluar kereta untuk mengemas kini model mereka untuk sela masa 2/3 tahun memandangkan tempoh tersebut adalah pertengahan usia kitaran hayatnya.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Jika dilihat pada foto-foto yang disiarkan, ada dua versi Serena facelift akan ditawarkan, varian biasa dan Highway Star. Kali ini Serena facelift varian Highway Star akan menggunakan jeriji V-Motion yang agak besar, namun ia telah berjaya menjadikannya nampak lebih garang dan sporty. Untuk varian biasa jerijinya lebih kecil tetapi masih nampak bergaya walaupun tanpa lampu kabus di bahagian bampar.

Varian Highway Star pula dilengkapi dengan lampu kabus dan kelihatan lebih mewah hasil penggunaan kemasan krom yang agak banyak pada jerijinya. Secara keseluruhan bentuk Serena facelift ini tidak mengalami perubahan secara drastik kerana ia masih relevan dan mampu bertahan untuk beberapa tahun lagi.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Serena facelift akan ditawarkan dengan beberapa ciri baharu seperti Monitor Pandang Keliling (AVM) 360º sebagai ciri standard, selain ciri keselamatan terkini seperti Amaran Lintasan Trafik Belakang, Lampu Hadapan Adaptif atau Bantuan Lampu Tinggi, Brek Kecemasan untuk Kesilapan Menekan Pedal serta Brek Kecemasan Pintar.

Model ini ditawarkan dengan beberapa pilihan kemasan dalaman sama ada satu atau dua tona. Pilihan warna badan dua atau satu tona warna turut ditawarkan dengan beberapa padanan warna yang menarik. Model ini bakal dilancarkan pada bulan depan (Ogos) dan tempahannya juga telah mula dibuka. Adakah Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan membawa model ini ke Malaysia nanti? Sama-sama kita tunggu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply