ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sesat sebab mabuk, pemandu Mercedes rempuh pagar rumah dan palang automatik

Berita Tempatan

Views

Angkara mabuk, seorang lelaki ‘sesat’ mencari jalan pulang dan masuk ke kawasan perumahan lain sebelum merempuh pagar serta pokok di sebuah rumah penghuni di Bandar Puteri Jaya, dekat Sungai Petani, semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, lelaki berkenaan yang memandu Mercedes-Benz hitam turut merempuh palang automatik di pintu masuk ketika dia diarahkan keluar pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu.

Lelaki terbabit ditahan jam 9 malam tadi selepas pengawal keselamatan berusia 53 tahun berkenaan membuat laporan polis.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Difahamkan, sebelum itu, lelaki terbabit turut melanggar sebuah kereta di luar pintu masuk dan dia sebenarnya dikatakan tersilap rumah serta mula hilang arah kerana terlalu mabuk.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati suspek pada mulanya masuk ke kawasan perumahan berkenaan ketika pengawal keselamatan sedang mendaftar masuk kereta penduduk di perumahan terbabit.

Menurutnya, suspek yang berusia 27 tahun itu kemudian mengambil kesempatan dengan terus melulu masuk ke kawasan perumahan terbabit sebelum dia merempuh pagar serta pokok di sebuah rumah penduduk terbabit.

Katanya, suspek dilihat memandu tanpa arah dan hala tuju ketika berada dalam kawasan perumahan terbabit dan pengawal keselamatan berjaya menjejakinya dan meminta dia mematikan enjin.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Bagaimanapun, suspek berdegil dan terus memandu untuk keluar dari kawasan perumahan itu namun dia melanggar palang automatik di pintu masuk pos pengawal keselamatan ketika mahu melarikan diri.

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit kemudian membuat laporan polis dan mendakwa pemandu Mercedes berkenaan berada dalam keadaan mabuk serta memandu tanpa arah.

Suspek ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati dia turut mempunyai dua rekod lampau bersabit kes jenayah dengan satu daripadanya sudah dikenakan hukuman.

Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply