ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia jalin kerjasama dengan Lim Tayar, tawar penyelesaian servis berkualiti tinggi

Berita Tempatan

Views

Lanskap penyelenggaraan kenderaan di negara ini bakal berubah, setelah Shell Malaysia menjalin kerjasama dengan Lim Tayar untuk menawarkan penyelesaian servis yang lebih baik untuk para pemilik kenderaan.

Menurursi kerjasama ini, ia bakal meningkatkan pengalaman dan kepuasan pemilik kenderaan yang membolehkan mereka menikmati servis kenderaan dengan alat ganti tulen, berkualiti tinggi, serta menggunakan minyak enjin Shell.

Pusat Servis Shell Helix ini dikendalikan oleh pasukan professional bertauliah yang telah menjalani Latihan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Perkhidmatan yang komprehensif yang ditawarkan kepada pelanggan termasuk pemeriksaan 17- titik percuma untuk kenderaan mereka.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pemeriksaan yang teliti ini meliputi aspek servis interim dan menyeluruh, melibatkan elemen penting seperti menukar minyak brek, palam pencucuh, bateri, tayar dan memeriksa transmisi minyak serta lain-lain lagi.

Menurut Pengurus Besar, Mobiliti Shell, Malaysia, Seow Lee Ming, kerjasama ini dilihat mempunyai potensi yang besar dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kereta yang lebih baik dan berkualiti tinggi.

Tambah Lee Ming, pihaknya komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Lembah Klang dan tidak lama lagi akan diperluaskan ke seluruh negara.

Matlamat syarikat adalah untuk membuka sehingga 30 Pusat Servis Shell Helix yang akan dioperasikan oleh Lim Tayar menjelang 2025.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Melalui usahasama perniagaan yang strategik ini, Shell dan Lim Tayar kini mempunyai 5 Pusat Servis Shell Helix di sekitar Lembah Klang.

Pusat servis pertamanya terletak di SH Bangi 1, manakala selebihnya di Shell Jalan 222 Petaling Jaya, Shell Jalan Cheras BT 12 1/2, Shell Jalan Cheras Batu 4 dan Shell Bandar Sri Damansara 3.

Lima lagi pusat servis bakal dibuka menjelang hujung tahun ini di Jalan Gasing PJ, SH Persiaran Sultan Ibrahim, Shell Shah Alam Seksyen 16, Shell Jalan Ampang KL Bound dan Shell Salak South.

Sempena pelancaran ini, Shell dan Lim Tayar menawarkan pelbagai pakej eksklusif kepada pelanggan. Bagi setiap pembukaan pusat servis baharu, 5 pelanggan terawal akan menikmati promosi “Beli 1, Percuma 1” untuk tayar terpilih setiap hari untuk 7 hari yang pertama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply