ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Motors dan TNB meterai MoU untuk percepat penggunaan EV

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Motors (SDM) Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini telah
memeterai memorandum persefahaman (MoU) selama dua tahun dalam meneroka pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Ini termasuklah memastikan rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap dan menyasarkan untuk melihat inisiatif cekap tenaga dan tenaga boleh diperbaharui yang lain bagi mengoptimumkan kos infrastruktur pengecasan EV dan mengurangkan pelepasan karbon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Datuk Jeffri Salim Davidson, rakan kongsi seperti TNB memainkan peranan penting dalam membantu kami mencapai sasaran portfolio produk yang lebih cekap tenaga menjelang 2025 dan menjadi peneraju bagi EV di Asia Pasifik.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din pula berkata, minat TNB untuk mempercepatkan e-mobiliti didorong cita-cita TNB untuk mewujudkan persekitaran EV yang kondusif, sekali gus menggalakkan kadar penggunaan EV yang lebih tinggi dalam kalangan orang ramai

Tambah beliau juga berkata melalui kerjasama itu, kedua-dua syarikat boleh bergantung kepada kepakaran kolektif TNB dalam pengurusan tenaga dan solusi tenaga mampan untuk membantu mencapai misi mereka yang sentiasa bersedia dengan keperluan masa depan dalam industri automotif.

SDM Malaysia merupakan pengedar untuk beberapa jenama terkemuka seperti BMW, Jaguar, Land Rover, Porsche, Volvo, Hyundai dan Ford, yang telah menumpukan pada pembangunan produk teknologi hijau.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyediakan tenaga kerja selepas jualan dan bagi menggalakkan percambahan EV, pelbagai usaha termasuk peningkatan kemahiran juruteknik telah dimulakan.

Sebanyak 1,048 jam latihan telah dilakukan oleh juruteknik SDM Malaysia dalam memastikan mereka dilatih sebaiknya untuk mengendalikan kenderaan canggih ini.

Semua unit operasi dalam setiap jenama yang diwakili oleh SDM Malaysia telah mencapai akreditasi teknikal EV tertinggi mereka sejak Oktober 2019 dan telah mencapai kemajuan besar dalam pensijilan juruteknik EV mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply