ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Motors jual lebih 10,000 unit kenderaan BYD di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors, meraikan pencapaian jualan melebihi 10,000 kenderaan di seluruh negara dengan menganjurkan konvoi yang dinamakan ‘BYD Dream Drive Melaka 2024‘.

Melaka telah dipilih sebagai lokasi bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tahun ini.

Konvoi tersebut menampilkan lebih daripada 60 unit kereta BYD untuk perjalanan selama 2 hari 1 malam ke Melaka dan mereka telah dilepaskan dari bilik pameran BYD di Ara Damansara.

Di Melaka, para peserta dihidangkan dengan persembahan kebudayaan di Encore Melaka, di mana mereka menyaksikan persembahan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Diilhamkan oleh kisah sejarah Sultan Mansur Shah dan puteri Dinasti Ming, Hang Li Po, ia memberi penghormatan kepada sambutan ulang tahun jubli emas hubungan diplomatik antara Malaysia dan juga China.

Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, pencapaian ini mencerminkan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik di rantau ini dan kedudukan kukuh syarikat sebagai peneraju dalam segmen EV.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao pula berkata, ia adalah perjalanan yang luar biasa bersama Sime Darby Motors dan pihaknya berharap untuk meningkatkan pengalaman pemanduan lestari di Malaysia.

BYD Cars Malaysia kini mensasarkan untuk mencatat jualan 10,000 unit kereta berikutnya dalam jangka masa yang lebih singkat, ketika ia meneruskan perjalanan ke arah menjadi peneraju pasaran dalam mobiliti elektrik.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

BYD turut mengukuhkan kedudukannya sebagai Jenama Kenderaan Elektrik No.1 di Malaysia, dan kejayaan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tumpuan kukuh terhadap pembangunan rangkaian dan pengalaman pelanggan.

Pertumbuhan dan perkembangan BYD di Malaysia adalah bukti kepada pengiktirafan dan penerimaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat di rantau ini.

Rangkaian pengedar BYD juga kian berkembang di Malaysia dan kini ia memiliki sebanyak 26 bilik pameran BYD di seluruh negara. Ini termasuklah 19 rakan pengedar, dengan 16 pusat 3S dan 10 pusat 1S.

BYD turut mensasarkan untuk mengembangkan kepada sejumlah 30 bilik pameran menjelang akhir 2024. Sime Darby Motors turut mengucapkan terima kasih kepada semua pemilik kereta BYD atas sokongan dan komitmen mereka dalam menerima mobiliti elektrik inovatif di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply