Agak lama juga kita tidak mendengar sebarang perkhabaran terkini berkenaan model baharu Perodua kan? Kali terkhir informasi yang diperoleh dari ejen perisik Mat Bond mengatakan, Perodua menangguhkan pembangunan model baharu dalam tempoh setahun.
Ini bermakna model yang paling dinanti-nantikan tahun ini, iaitu SUV padat segmen-B D66B@Nexis/Traz, model facelift Ativa dan juga Myvi generasi keempat (D01D) dijangka tiba lebih lewat dari jangkaan awal.
Oleh yang demikian, hasrat ramai peminat automotif tempatan untuk melihat pelancaran D66B@Nexis/Traz dalam tahun ini, mungkin tidak kesampaian.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Menurut info awal sebelum ini, D66B@Nexis/Traz akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian yang bermula dari varian X, SE dan AV (mercu).
Pada mulanya varian AV dikhaskan untuk versi hibrid sahaja, namun difahamkan perancangan telah berubah dan versi hibrid (HEV)nya dijangka tiba sedikit lewat.
Model yang dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B) itu hanya akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5-liter Dual VVT-i 2NR-VE aspirasi alami (NA) yang menjana 78 kW dan 138 Nm daya kilas itu digandingkan dengan pilihan transmisi Dwi-Mod CVT (D-CVT).
Selain daripada versi hibrid (HEV), penulis ‘cuba berimaginasi’, bagaimana sekiranya Perodua menghasilkan versi elektrik sepenuhnya (EV) bagi model SUV ini.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Dengan merujuk kepada reka bentuk model kembarnya iaitu Toyota Yaris Cross, penulis telah mengolah semula penggayaannya dengan menerapkan elemen reka bentuk pada model Electric Motion-Online (EM-O) Concept yang dipertontonkan semasa Malaysia Autoshow 2023.
Reka bentuk belakang pula, telah ‘diolah semula’ supaya kelihatan lebih moden dan kelihatan lebih sporty, serta sesuai dengan imej sebuah kereta elektrik (EV).
Secara keseluruhan rekaan Toyota Yaris Cross, tidaklah diubah dengan sebegitu drastik bagi mengekalkan kesinambungan antara varian enjin petrol dan juga hibridnya, sekali gus dapat mengurangkan kos pembangunan.
Apa pendapat anda? Setuju atau tidak jika Perodua D66B@Nexis/Traz versi EV?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto Electric Motion-Online (EM-O) Concept, kredit WapCar.my
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI