ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Motors rasmi pembukaan Pusat 3S BYD pertama di Malaysia Timur

Berita Tempatan

Views

Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 3S BYD pertama di Malaysia Timur, terletak di Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Regas EV Sabah.

Pusat 3S BYD yang baharu ini terletak di Lot 33, Sedco Industrial Estate, Jalan Lintas, 88450 Kota Kinabalu,

Fasiliti 3S bertaraf dunia ini meliputi kawasan seluas 1,288 meter persegi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk konsultasi jualan, pandu uji kenderaan, dan sokongan selepas jualan.

BYD Kota Kinabalu juga menjadi salah satu pusat EV pertama di Sabah yang dilengkapi dengan dua unit Pengecas Super DC yang menawarkan empat unit pengecas yang menghasilkan kuasa sehingga 180kW.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Asia Tenggara, Sime Motors Jeffrey Gan berkata, Sime Motors berbangga dapat bekerjasama dengan Regas EV Sabah untuk melancarkan Pusat 3S BYD di Kota Kinabalu.

Pengarah Urusan Regas EV Sabah, Datuk Matthew Tan menambah, Pusat 3S ini adalah komitmen syarikat terhadap perjalanan Sabah ke arah mobiliti elektrik dan penyelesaian rendah karbon yang berdaya maju, didorong oleh teknologi bertaraf dunia BYD.

Selain itu, Sime Motors dan Regas EV turut meningkatkan sokongan selepas jualan dengan memperkenalkan Pusat Badan & Cat yang bertauliah, menawarkan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan khusus.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Di Malaysia Timur, terdapat dua kemudahan Badan & Cat di Kuching dan Kota Kinabalu yang menawarkan penyelesaian selepas jualan sehenti.

Selain Pusat 3S di Kota Kinabalu, Regas EV Auto telah membuka bilik pameran baharu BYD di Sibu, Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bilik pameran di Malaysia Timur kepada tiga buah.

Di seluruh negara, BYD kini mengendalikan 29 bilik pameran, dengan rancangan untuk melebihi 30 menjelang akhir tahun 2024.

Sempena sambutan ulang tahun keduanya pada 8 Disember ini, BYD turut menawarkan 1,208 pelanggan pertama pakej promosi eksklusif bernilai sehingga RM35,000 (tertakluk kepada terma).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply