Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (Auto Connexion) mengumumkan 11 dan 12 Januari 2025 sebagai tarikh berlangsungnya acara off-road perdana “Raptor Rev“.
Auto ConneXion-Ford turut melancarkan laman mikro eksklusif untuk acara berkenaan dan mempelawa pemilik Ford Ranger Raptor untuk mendaftar, dengan tempat terhad kepada 50 penyertaan sahaja.
Bakal berlangsung di Bay 13, Litar Sepang, Selangor dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam, Raptor Rev menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Peserta akan mengikuti latihan yang mendalam meliputi teori off-road, suspensi, tayar, lompatan, drifting, Hot Laps Baja serta laluan berhalangan 4×4 secara amali.
Selepas menamatkan latihan teori dan amali tersebut, peserta akan bersaing dalam Cabaran Autocross yang akan menguji kemahiran mereka. Pemenang akan membawa pulang baucar minyak bernilai RM3,000.
Orang awam juga dijemput untuk menyertai karvinal dengan pelbagai acara menyeronokkan sambil menyaksikan prestasi Ranger Raptor secara langsung.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya teruja untuk mempelawa pemilik Ranger Raptor di sini ke acara eksklusif tersebut, di mana mereka boleh meneroka sepenuhnya keupayaan sebenar kenderaan sendiri melalui pengalaman off-road yang mendalam.
Bermula sekarang hingga 13 Disember, pemilik Ranger Raptor boleh menempah penyertaan mereka dalam acara Raptor Rev dengan yuran sebanyak RM275.00 (kadar yuran biasa RM350).
Tawaran eksklusif ini merangkumi:
- Sehelai kemeja-T Raptor dan topi edisi terhad.
- Pakej makanan dan minuman sepanjang hari.
- Akses kepada bengkel khusus merangkumi sesi teori dan praktikal yang memberi tumpuan kepada pemanduan off-road dan prestasi kenderaan.
- Cabaran Autocross.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi www.raptorrev.com.my.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Acara ini juga terbuka kepada orang awam yang bukan pemilik Ranger Raptor untuk ikut serta sebagai pengunjung secara percuma.
100 pendaftaran secara dalam talian akan menerima baucar makanan dan minuman yang boleh digunakan untuk pesanan melalui trak makanan yang disediakan.
Kemuncak acara termasuklah:
- Hot Laps: Peluang merasakan sensasi dalam litar Baja bersama pemandu off-road berpengalaman.
- Kemeja-T edisi terhad Raptor Rev bagi 100 pemilik Ranger Raptor terawal yang menunjukkan kunci trak mereka ketika hadir.
- Peluang menyaksikan kemampuan dan pandu uji Ranger Raptor secara langsung.
- Karnival menyeronokkan dengan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik.
Jenama tayar Amerika yang terkemuka, BFGoodrich menjadi rakan strategik utama untuk acara ini. Mereka akan menyediakan sokongan teknikal melalui taklimat mendalam serta pengalaman amali berkaitan tayar.
Pengunjung ke acara ini juga boleh meneroka ruang pameran BFGoodrich yang turut akan mempamerkan tayar KO3 yang baharu sahaja dilancarkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI