ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket lesen gerenti lulus – Pegawai JPJ disyaki dalang

Berita Tempatan

Views

Sebenarnya perkara ini dah lama sangat berlaku dan penulis pun pernah melihatnya depan mata sendiri ketika mengambil ujian statik bertulis kira-kira 20 tahun yang lalu. Tapi masa tu penulis masih ‘noob’ dan tak tahu nak lapor kepada siapa.

Hari ini Sinar Harian melaporkan lesen gerenti lulus yang ditawarkan oleh segelintir sekolah memandu terutamanya yang beroperasi secara haram dikesan dibantu oleh ‘orang dalam’ iaitu individu yang berkhidmat dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Sumber tersebut mendedahkan, terdapat pegawai JPJ menerima habuan ‘duit kopi’ dengan menerima wang sogokan untuk lesen gerenti lulus tersebut. Tambahnya lagi, antara yang sudah dikesan dan kini dalam pemantauan pihak berkuasa ialah sebuah pusat ujian memandu di Hulu Langat.

Besar kemungkinan ada pembabitan pegawai JPJ dalam kes ini kerana aktiviti melibatkan pusat ujian di Hulu Langat itu sebenarnya sudah lama berlaku. Ada pusat memandu haram yang menyediakan wang sogokan kepada pegawai JPJ bertugas untuk meluluskan pelajar mereka.

Walaupun di atas kertas pelajar itu ditulis gagal, dengan sedikit bayaran keputusan itu boleh diubah. Bayaran untuk setiap ujian berbeza antara motosikal dan kereta. Lebih mengejutkan, pegawai JPJ di pusat ujian memandu tersebut juga seperti ‘kebal’ dan pada masa sama bijak menyembunyikan kegiatan itu.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Setiap pegawai JPJ yang bertugas di situ tahu siapa pelajar yang sudah bayar untuk lesen gerenti lulus tersebut dan pegawai itu meluluskan pelajar berkenaan walaupun sepatutnya mereka gagal. Sumber itu turut mendedahkan, ada kes sekolah memandu tersebut juga menguruskan ujian berkomputer gerenti lulus.

Katanya, seseorang pelajar itu tidak perlu hadir untuk menjalani ujian berkomputer sebaliknya boleh digantikan dengan orang lain. Kegiatan ini dikesan melibatkan bayaran antara RM800 dan RM1,200. Sudah tiba masanya untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) banteras kegiatan ini supaya tidak membiak lebih ramai lagi baka ‘lesen gerenti lulus’ di atas jalan raya Malaysia.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto sekadar hiasan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply