ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siri Jelajah siri ke-3 Motonation hangatkan Johor Bahru

Views

Motonation telah meneruskan siri jelajah mereka ke destinasi ke-3, Johor Bahru yang dianjurkan dengan kolaborasi bersama JBUnderground dan mendapat sokongan penuh dari Velocity Motorshow. Acara ini telah berjaya menarik hampir 40,000 orang pengunjung dan menghimpunkan lebih 2,000 buah kereta di Sutera Square.

Walaupun hujan turun begitu lebat di sebelah pagi, namun penganjur berjaya memacu momentum selepas hujan reda dan ia berlarutan sehingga ke lewat malam. Pelbagai jenis jenama kereta, model, modifikasi telah membuat perbarisan lintas hormat melalui Vanity Arch Motonation terlebih dahulu sebelum diparkir untuk berhimpun dan dinilai oleh juri.

Band indie tersohor, OAG turut menghangatkan suasana dengan membuat persembahan yang memukau penonton. Velocity Motor juga menampilkan aksi DJ yang meningkatkan adrenalin pengunjung manakala di kawasan lapang Sutera Mall dipenuhi dengan pelbagai aktiviti automotif seperti burnout, pertandingan bunyi ekzos paling bising, perang audio dan banyak lagi sejak dari pagi hingga acara berakhir.

Siri Jelajah ini turut disertai oleh hampir 30 vendor yang mengambil bahagian seperti Digi, Renault, Honda, Petron, Spanarboy, 3M, Eagle Eyes, Uberand dan banyak lagi. Acara ini berakhir dengan jayanya dan secara keseluruhan ia melebehi jangkaan. Motonation bakal ke Utara pula pada 14 Oktober ini dan lokasi Siri Jelajah ke-4 akan berada di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Ia kemudiannya kembali ke Lembah Klang di Bukit Jalil semasa Velocity Motorshow pada 28 Oktober sebelum acara sebenar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 hingga 3 Disember 2017.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan mengujakan bakal diadakan. Tidak lupa juga, hadiah bernilai lebih RM300k bakal dimenangi dalam sesi cabutan bertuah. Tiket akan dijual tidak lama lagi di lokasi Siri Jelajah dan menerusi Sports360. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, layari laman Facebook Motonation dan laman sesawang rasmi www.motonation.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply