ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem kaunter JPJ kuno dan perlu selari dengan era digitalisasi – Wee Ka Siong

Berita Tempatan

Views

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sistem perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia ada berusia lebih 10 tahun kuno dan perlu dimodenkan selari dengan era digitalisasi.

Utusan Online melaporkan, beliau yang melakukan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor semalam turut menegur agensi kerajaan tersebut agar memantau kesesakan yang berlaku di ibu pejabatnya, khususnya pada hari Ahad.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai terpaksa membuang masa dengan beratur panjang dan berjemur di bawah terik matahari.

Kata beliau, terus terang beliau sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai masih beratur panjang di sekeliling bangunan JPJ Johor. Beliau terus menyiasat punca yang menyebabkan ‘barisan’ yang panjang.

Tambah beliau, ada yang beritahu Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak dapat diperbaharui di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pos, selain ada yang mempersoal sistem MySikap yang transaksinya dibuat secara dalam talian, namun masih lagi perlu hadir ke JPJ untuk urusan percetakan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, daripada empat mesin cetak LMM yang dibekal Percetakan Keselamatan Nasional (PKN), hanya dua mesin yang berfungsi di Pejabat JPJ Johor ini. Perkara ini amat mengecewakan dan beliau terus menghubungi serta mengarahkan PKN segera membaiki atau menghantar mesin cetak LMM.

Tambah Ka Siong, beliau membuat kesimpulan bahawa sistem JPJ agak ketinggalan dan perlu ada anjakan paradigma ke arah digitalisasi untuk jangka panjang bagi memastikan semua perkhidmatan kaunter JPJ menjadi lebih efisien dan tidak menyusahkan rakyat.

Beliau akan cuba sedaya upaya mengimbangi jurang antara perancangan JPJ dan aspirasi rakyat. Apa yang penting, perkhidmatan yang diberikan perlulah sentiasa baik, lancar, menjimatkan masa dan memenuhi kehendak orang ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply