ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rempuh pengawal keselamatan di KSAB, pemandu Proton Iswara ditahan polis Singapura

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu kereta Proton Iswara yang merempuh pengawal keselamatan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri semalam ditahan polis Singapura ketika cuba melarikan diri.

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejadian langgar lari itu dilaporkan berlaku pada pukul 4 pagi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, mangsa yang berusia 38 tahun mengalami kecederaan ringan akibat dirempuh kenderaan jenis Proton Iswara.

Siasatan dibuat mendapati suspek bertindak melarikan diri mengikut laluan eksport lori selepas enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dijalankan pihak keselamatan.

Suspek kemudiannya ditahan polis Singapura dan akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia setelah proses dokumentasi selesai.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut dibuat terhadap suspek mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 186, Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melakukan perbuatan khianat dan ceroboh.

Tambah beliau lagi, suspek yang berusia 47 tahun itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan berbahaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply