ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siti Kasim pertikai kos RM13 juta untuk pembangunan basikal Azizulhasni dan Shah Firdaus

Berita Tempatan

Views

Tatkala ramai berbangga dengan pencapaian pingat perak diraih Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 semalam, ada pihak mempertikaikan kos membangunkan basikal miliknya dan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Menurut Harian Metro, peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim menerusi hantaran di Facebook berkongsi artikel mengenai kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik untuk menghasilkan basikal kedua-dua jaguh negara itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, walaupun ini berita tahun lalu, tetapi ia mula menjadi perhatian sekarang. Sepanjang dia menyokong kejayaan pasukan kebangsaan dalam sukan, dia merasakan ia berlebihan jika melihat kepada keadaan negara kita sekarang.

Tambahnya, dengan RM13 juta berapa ramai yang boleh diberi makan dan dia meminta maaf sekiranya mendapati ia benar-benar tidak boleh diterima.

Untuk temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini, Azizulhasni dan Shah Firdaus menggunakan basikal WX-R Vorteq bernilai RM300,000 sebuah dengan setiap pelumba dibekalkan tiga basikal berkenaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Basikal berkenaan diperbuat daripada bahan gentian karbon yang lebih keras, tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.

Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), jentera digunakan bagi Sukan Olimpik perlu berada di pasaran, dan basikal model WX-R Vorteq itu sudah berada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu.

Di sebalik pelaburan besar itu, ia dilihat berbaloi dengan pencapaian Azizulhasni meraih perak ketika dia sebenarnya mampu untuk memenangi emas, namun tidak bernasib baik pada perlumbaan semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply