ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skandal ujian keselamatan: Daihatsu dijangka rugi RM3.23 bilion

Berita Global

Views

Daihatsu Motor kemungkinan mengalami kerugian lebih 100 bilion yen (RM3.23 bilion) akibat daripada skandal ujian keselamatan yang terbongkar baru-baru ini, demikian mengikut satu anggaran yang dibuat.

Memetik laporan Nikkei Asia baru-baru ini, ia berkata ini kerana kerugian itu menyaksikan unit Toyota Motor itu menghadapi penutupan kilang dan pampasan kepada pembekal.

Pembuat kereta itu telah menghentikan semua pengeluaran di Jepun tanpa garis masa untuk sambungan semula operasi. Namun begitu, kebanyakan penghantaran kenderaan di Indonesia dan Malaysia telah disambung semula.

Di samping kehilangan jualannya sendiri, Daihatsu akan berunding secara individu dengan pembekal mengenai pampasan kepada mereka untuk kehilangan pendapatan akibat pemberhentian pengeluaran, dan sedang mempertimbangkan sokongan untuk pengedar kecil yang tidak akan dapat menjual kereta Daihatsu baharu.

Pampasan itu dijangka menelan kos yang besar dan akan disertakan bersama perbelanjaan yang berpunca daripada penyiasatan dan ujian keselamatan tambahan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Bergantung pada skala pampasan, kerugian Daihatsu boleh berjumlah 100 bilion yen atau lebih,” kata Seiji Sugiura di Institut Penyelidikan Tokai Tokyo.

Daihatsu melaporkan keuntungan operasi yang disatukan sebanyak 141.8 bilion yen dan keuntungan bersih sebanyak 102.2 bilion yen pada fiskal 2022.

Jika kesan skandal itu mendorong pendapatan disatukan menjadi rugi, itu akan menandakan kerugian pertamanya dalam tempoh 30 tahun.

Skandal serupa pernah terjadi beberapa tahun kebelakangan ini yang telah menjejaskan pengeluar kereta Jepun yang lain.

Hino Motors melaporkan kerugian bersih 117.6 bilion yen tahun fiskalnya yang lalu selepas didapati memalsukan data emisi dan kecekapan bahan api.

Mitsubishi Motors mencatatkan kerugian bersih sebanyak 198.5 bilion yen pada tahun fiskal berakhir Mac 2017 di tengah-tengah pendedahan data ekonomi bahan api palsu.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Jepun menyumbang kira-kira 60 peratus daripada 1.42 juta kenderaan yang dikeluarkan tahun fiskal lalu oleh Daihatsu, yang juga membina kenderaan di Indonesia. Syarikat bersekutunya, Perodua mengeluarkan kira-kira 300,000 kenderaan.

Daihatsu dimiliki sepenuhnya oleh Toyota sejak 2016, ia hanya menyumbang sekitar tiga peratus daripada jumlah keuntungan operasi induknya, yang dijangka meningkat 65 peratus tahun fiskal ini kepada 4.5 trilion yen.

Tetapi jika keuntungan Daihatsu terjejas mencecah lebih daripada 100 bilion yen, ia masih boleh menjejaskan pendapatan Toyota.

Saham Toyota mencecah paras terendah dalam kira-kira dua setengah bulan Khamis lalu di tengah-tengah ketidakpastian mengenai kesan skandal Daihatsu dan kebimbangan mengenai tadbir urus kumpulan Toyota.

Daihatsu kelihatan tidak mungkin menghadapi sebarang masalah aliran tunai serta-merta. Sehingga akhir Mac, aset cairnya ditolak liabiliti yang perlu dibayar balik berjumlah lebih 500 bilion yen. Toyota juga mempunyai kewangan yang kukuh. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply