ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar AutoFair kini dikenali sebagai Tukar-Je CARnival, hadiah dan ganjaran bernilai lebih RM1 juta menanti!

Berita Tempatan

Views

Acara tahunan AutoFair myTukar kini dikenali sebagai Tukar-Je CARnival dan ia bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Januari di myTukar Retail Experience Centre di Puchong South, dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Para pengunjung karnival ini berpeluang menikmati pelbagai pilihan pembiayaan, perkhidmatan selepas jualan dan insurans dalam tempoh segera, lengkap bersama tawaran eksklusif.

Mereka juga boleh menyaksikan persembahan secara langsung, kendera saji, peluang pandu uji serta kursus memandu untuk kanak-kanak.

Lebih menarik, kanak-kanak yang menyertainya berpeluang untuk memperoleh ‘lesen memandu myTukar‘ mereka sendiri selepas menamatkan kursus keselamatan jalan raya!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng , pihaknya amat berbesar hati untuk mempamerkan barisan kenderaan myTukar Certified, dan lebih mengujakan apabila turut berpeluang mengetengahkan ekosistem mereka yang menyeluruh di karnival ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan lebih penawaran meliputi pembiayaan, perkhidmatan selepas jualan dan insurans, pelanggan kini dapat memenuhi semua keperluan automotif mereka tanpa perlu melawat atau memfailkan kertas kerja ke pelbagai vendor.

Nantikan tawaran mega dan hadiah yang eksklusif!

Beli Kenderaaan
  • Diskaun hingga RM8,888 untuk kenderaan terpilih
  • Hadiah cabutan bertuah bernilai RM30,000
  • Tempah kenderaan dan nikmati:
  • Diskaun 30 peratus untuk Pakej Baiki & Cat
  • Diskaun 10 peratus untuk Pakej Penyelenggaraan
  • Diskaun 10 peratus untuk pembaharuan insurans
  • Kad TNG dengan tambah nilai RM50
Jual Kenderaan Anda
  • Hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000
  • Hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan dan nikmati:

– Diskaun 30 peratus untuk Pakej Baiki & Cat

– Diskaun 10 peratus untuk Pakej Penyelenggaraan

– Diskaun 10 peratus untuk pembaharuan insurans

(Nota: Pemeriksaan tidak tersedia di Retail Experience Centre, Puchong South semasa CARnival. Sila layari laman web kami untuk senarai penuh lokasi pusat pemeriksaan).

Servis kenderaan anda dengan CarroCare
  • Diskaun 30 peratus untuk Pakej Baiki & Cat, serta baucar servis RM100
  • Diskaun 10 peratus untuk Pakej Penyelenggaraan, serta percuma minyak enjin, penapis minyak OEM dan tenaga buruh
Dapatkan insurans untuk kenderaan anda
  • Diskaun 10 peratus untuk semua pembaharuan insurans kenderaan

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Setiap kenderaan di myTukar adalah berkualiti seperti ‘sebaik yang baharu’. myTukar Certified bermakna kenderaan tersebut telah menjalani pemeriksaan 160 titik yang teliti dan disokong oleh teknologi yang dipatenkan serta kepakaran juruteknik.

Kenderaan tersebut juga dijamin tidak mengalami kemalangan besar, kebakaran dan kerosakan akibat banjir serta tiada perubahan pada perbatuan.

Setiap kenderaan myTukar Certified disertakan dengan waranti 12 bulan untuk enjin dan kotak gear, serta jaminan pulangan wang dalam lima hari. Untuk maklumat lanjut dan senarai artis, sila layari myTukar.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply