ARKIB

KATEGORI

Buletin

Industri automotif dijangka terkesan dengan HVGT dan cukai lebih tinggi – Maybank IB

Berita Tempatan

Views

Industri automotif Malaysia dijangka terkesan dengan pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) dan kadar cukai perkhidmatan lebih tinggi tahun ini, demikian menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Bank pelaburan itu berkata, HVGT, yang akan dilaksanakan mulai 1 Mei 2024, boleh memberi kesan kepada jualan kenderaan premium.

Faktor lain diperhatikan yang boleh memberikan kesan kepada peserta industri adalah rasionalisasi subsidi bersasar dan kadar cukai perkhidmatan lebih tinggi, yang meliputi perkhidmatan baik pulih dan penyelenggaraan kenderaan.

“Ini dijangka meningkatkan kos pemilikan kenderaan dan memberikan impak terhadap jualan kereta baharu,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Maybank IB turut menyatakan terdapat trend yang semakin meningkat daripada pengedar kepada model agensi, dipacu khususnya oleh rancangan pengeluar kereta di Barat untuk membina kehadiran yang lebih kukuh di Asia Tenggara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia menjangkakan jumlah keseluruhan industri (TIV) akan menjadi stabil pada 650,000 unit tahun ini, penurunan 19 peratus tahun ke tahun selepas merekodkan pertumbuhan dua tahun berturut-turut iaitu 42 peratus pada 2022 dan 11 peratus tahun lalu.

Maybank IB berkata, selain pelaksanaan model agensi, satu lagi tema yang wajar diperhatikan adalah peralihan ke arah kenderaan elektrik (EV) dipercepatkan memandangkan negara ini telah muncul sebagai destinasi yang semakin bertambah menarik bagi pelaburan langsung asing (FDO) daripada pengeluar kereta global yang mahu menubuhkan ibu pejabat serantau bagi hab EV masing-masing.

Ini termasuk jenama terkemuka seperti Volvo, Stellantis, Tesla, dan Chery.

Sementara itu, ia berkata pengeluar kereta seperti Mercedes-Benz, BMW, Porsche, Audi, dan Dong Feng telah mengumumkan rancangan pemasangan tempatan bagi kenderaan yang disasarkan bagi pasaran domestik serta eksport.

Kemasukan FDI ini dijangka memberikan impak positif jangka panjang terhadap industri, sejajar dengan kedudukan syarikat automotif dalam rantaian bekalan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun, pihaknya menjangkakan persaingan lebih sengit dalam kalangan syarikat tempatan yang terbabit dalam rantaian pengeluaran dan pengedaran pada tahun ini, sekali gus berpotensi menjejaskan margin mereka.

Pertimbangan ini mengambil kira beberapa pelancaran produk baharu, termasuk jenama atau model EV sepanjang tahun ini,” katanya. Sehubungan itu, Maybank IB mengekalkan penarafan ‘neutral’ terhadap sektor automotif.

Ia memilih Bermaz Auto Bhd (BAuto) berikutan asas yang kukuh dan kedudukan kewangan berdaya tahan, aliran tunai yang mantap dan tawaran pulangan dividen menarik melebihi lapan peratus.

Walaupun pihaknya menjangkakan normalisasi TIV tahun ke tahun, unjuran bagi pertumbuhan perolehan BAuto bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2024 kekal disokong oleh permintaan kukuh yang mampan bagi Mazda.

Tambahnya, potensi pengedaran EV baharu juga akan meningkatkan lagi portfolio syarikat ini. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply