ARKIB

KATEGORI

Buletin

SKIDOO tawar khidmat penghantaran 40 peratus lebih murah dan lebih berkualiti

Berita Tempatan

Views

Pendatang baharu dalam perkhidmatan penghantaran, SKIDOO Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Fadzil, hari ini.

Syarikat ini bakal menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi, pada dengan harga yang berpatutan di samping mengutamakan kepentingan pelanggan.

SKIDOO menawarkan perkhidmatan yang 40 peratus lebih murah berbanding syarikat-syarikat penghantaran lain di negara ini, tanpa caj tersembunyi dan menjamin perkhidmatan pelanggan yang berkualiti kepada semua pelanggannya.

Pelanggan hanya perlu menghantar pesanan melalui nombor WhatsApp atau terus hubungi SKIDOO jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, dan pasukan SKIDOO akan memberikan penyelesaian segera.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SKIDOO Malaysia, Asokan Raveindaran, pihaknya menyedari wujudnya jurang dalam perkhidmatan penghantaran yang baik untuk satu-satu tempat, pada harga mampu milik.

Pada masa ini, pelanggan boleh memilih kenderaan penghantaran pilihan mereka yang terdiri daripada motosikal, kereta, van, trak 4X4, lori 1 tan, lori 3 tan dan lori 5 tan.

SKIDOO yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan merancang untuk melebarkan sayapnya ke seluruh Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Sehubungan dengan itu, SKIDOO menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai mereka sebagai rakan penghantar.

Mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan dialu-alukan untuk mendaftar dengan SKIDOO melalui laman sesawangnya, di mana mereka akan diberikan insentif bulanan tambahan, gaji mingguan, serta pelbagai insentif dan manfaat lain.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Bersempena dengan pelancarannya, SKIDOO menawarkan potongan 21 peratus caj penghantaran kepada semua pelanggan mereka, terhad kepada 20 pengguna setiap hari. Promosi ini akan berlangsung selama sebulan dan para pelanggan boleh menebus dengan menggunakan kod promosi SKIDOO2021 mulai 16 Oktober hingga 15 November 2021.

JENIS KENDERAANKADAR ASAS (RM/KM)
MOTOSIKAL   5.00 /4KM
KERETA   6.50/5KM
TRAK 4X4 20.00/10KM
VAN 35.00/10KM
LORI 1 TAN 55.00/10KM
LORI 3 TAN140.00/10KM
LORI 5 TAN180.00/10KM

Untuk maklumat layari https://www.skidoo.com.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply