ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Tajaan Petronas untuk pasukan Mercedes-AMG bakal berakhir hujung musim ini?

Sukan Permotoran

Views

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dilaporkan sedang merancang untuk menamatkan perjanjian tajaan dengan pasukan Formula Satu Mercedes-AMG pada akhir musim ini, setelah menjalinkan kerjasama sejak lebih sedekad lalu, menurut portal TheEdge.

TheEdge berkata, portal Decalspotters melaporkan, syarikat minyak Saudi Arabian Oil Co (Aramco) dikhabarkan bakal menggantikan gergasi petroleum dari Malaysia itu sebagai penaja utama.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Kata Decalspotters berkata, kerjasama Mercedes-AMG dengan Aramco akan bermula pada 2022. Ini bermakna jentera berwarna pirus (turquoise) Petronas itu nanti bakal berubah kepada warna hijau-biru yang mawakili identiti korporat Aramco mulai musim depan.

Sememangnya perkara ini telah dijangka memandangkan Petronas sedang menilai semula usaha pemasaran mereka dalam F1 dan melaksanakan langkah pengurangan kos selepas pandemik Covid-19 mendatangkan impak yang cukup besar terhadap ekonomi.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Tambah Decalspotters, kejayaan Mercedes dalam era-hibrid F1 banyak disumbangkan menerusi kepantasan evolusi pelincir dan formulasi bahan bakar Petronas, yang dibangunkan sepanjang tahun di Malaysia dan di Grands Prix.

Setakat artikel ini ditulis, Petronas masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dengan laporan Decalspotters.

Di laman sesawangnya, Petronas hanya menyatakan yang sejak 2010, syarikat itu telah menjadi rakan nama dan teknikal bagi pasukan Mercedes-AMG Petronas dengan membekalkan Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas yang menjana pasukan sehingga merangkul gelaran Juara Dunia sebanyak tujuh kali berturut-turut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mercedes-AMG Petronas Formula One Team

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply