ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #3 diiktiraf sebagai “EV Kompak Premium Terbaik” COTY 2024

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia mengumumkan bahawa model smart #3 telah diiktiraf sebagai “EV Kompak Premium Terbaik” di Anugerah Kereta Tahunan (COTY) 2024, yang dianjurkan oleh Carlist.my dan WapCar.

Pengiktirafan ini meraikan reka bentuk inovatif, teknologi canggih, dan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen EV premium di Malaysia.

smart #3, sebuah kenderaan crossover elektrik sepenuhnya, menampilkan reka bentuk aerodinamik yang elegan, ruang dalaman yang luas, dan teknologi canggih.

Direka untuk keselesaan pemandu dan penumpang, ia adalah gabungan sempurna gaya, kelestarian, dan prestasi.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dengan aplikasi yang Hello smart, kenderaan ini menawarkan rangkaian ketersambungan yang lancar, membolehkan pengguna berinteraksi dengan kereta, memeriksa status pengecasan, dan merancang perjalanan menggunakan rangkaian pengecasan EV Malaysia.

Dinamik pemanduannya yang mengagumkan memberikan pengalaman pemanduan yang responsif dan menyeronokkan, sementara ruang dalaman mewahnya, yang dihasilkan menggunakan bahan mesra alam, memastikan pengalaman premium yang selaras dengan matlamat kelestarian.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET Zhang Qiang berkata, anugerah ini membuktikan komitmen teguh pihaknya dalam menyediakan pengalaman crossover elektrik sepenuhnya yang unggul kepada para pelanggan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Tambahnya, smart #3 telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan rakyat Malaysia, dan amat berterima kasih kepada para juri serta penyokong smart atas pengiktirafan ini.

Pencapaian ini bukan sahaja milik pasukan smart Malaysia, malah kepada rangkaian pengedar di seluruh negara dan juga pelanggan setia.

Sebagai EV Kompak Premium Terbaik, smart #3 terus memacu penerimaan kenderaan elektrik di Malaysia, sekali gus membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Anugerah ini turut memberikan motivasi kepada mereka untuk terus maju dalam perjalanan kecemerlangan dan inovasi dalam menginspirasi hubungan melalui penyelesaian mobiliti masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply