ARKIB

KATEGORI

Buletin

Red Bull sambung tajaan kepada pasukan 31 Racing, Maju Motor Racing dan CKJ Racing

Berita Tempatan

Views

Red Bull Malaysia (Red Bull) baru-baru ini telah menganjurkan majlis makan malam penghargaan eksklusif bagi meraikan kecemerlangan pasukan 31 Racing, Maju Motor Racing dan CKJ Racing.

Majlis tersebut telah menghimpunkan barisan pasukan lumba tersebut bersama tetamu terhormat daripada Safe Aim Mutual Sdn Bhd, bagi menandakan tamatnya Kejohanan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024.

Pada masa sama, Red Bull turut mengumumkan pembaharuan tajaan bagi menyokong tiga pasukan lumba ini untuk musim 2025.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Langkah ini mengukuhkan lagi komitmen Red Bull dalam membangunkan bakat akar umbi serta meraikan sukan lumba motosikal.

Ketua Pemasaran Red Bull Malaysia, Adelene Tay berkata, kerjasama Red Bull dengan barisan pasukan ini adalah untuk memperkasakan setiap pelumba dan pasukan kru yang telah bekerja tanpa lelah di belakang tabir.

Sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada sukan ini, Red Bull menyampaikan plak istimewa kepada setiap pemilik pasukan lumba tersebut iaitu, Che Ku Jonaidi, K. Sivanesan, dan Yong Yin Hoe.

Selain pasukan pelumba, Red Bull turut menghargai kru di belakang tabir yang berdedikasi dalam memastikan kelancaran operasi, sehingga membolehkan pasukan-pasukan ini mencapai kecemerlangan di sepanjang musim.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Daripada mekanik sehingga kakitangan sokongan, usaha keras dan komitmen setiap kakitangan kru adalah kunci kejayaan setiap perlumbaan.

Di samping itu, Red Bull turut menyampaikan hadiah kepada dua individu menerusi peraduan media sosial yang berlangsung selama sebulan.

Sepanjang peraduan ini, peminat digalakkan membeli mana-mana dua tin minuman tenaga Red Bull Malaysia untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif, termasuk hadiah utama berupa motosikal Yamaha Y15ZR dan topi keledar edisi terhad.

Hadiah tersebut turut dihiasi dengan logo ikonik Red Bull serta ditandatangani secara eksklusif oleh pelumba-pelumba terpilih daripada tiga pasukan lumba tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply