ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #3 dilancarkan – Tiga pilihan varian, harga dari RM175,000

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi dan melancarkan model terbarunya smart #3, bersempena dengan smart Tour brand roadshow yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil.

smart #3 yang membuat pengenalan sulungnya di Malaysia Autoshow 2024 baru-baru ini, merupakan ahli terkini dalam keluarga smart yang terkenal dengan reka bentuk coupe dan ruang kabin yang canggih.

Direka dengan kepakaran dari Mercedes-Benz, smart #3 menggabungkan fungsi dengan keunggulan, di samping menawarkan pengalaman pemanduan yang hebat.

 

Dengan slogan #ChaseTheThrill, smart #3 ditawarkan dalam tiga pilihan varian. Berikut adalah senarai varian dan harga atas jalan (tanpa insurans) smart #3, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST):

  • smart #3 Pro – RM175,000
  • smart #3 Premium – RM215,000
  • smart #3 BRABUS – RM255,000

Varian smart #3 Pro dilengkapi dengan roda Flux 19-inci yang mempunyai rintangan angin yang rendah dan reka bentuk rivet tempat duduk yang pertama dalam industri dengan penyandar kepala yang menampilkan logo smart.

Ia dikuasakan oleh bateri LFP 49kWj, dengan jarak pandu sejauh 325km (WLTP). Varian smart #3 Premium menawarkan ciri tambahan termasuk lampu hadapan CyberSparksLED + Matrix, jeriji hadapan berlampu, dan bateri NCM 66kWj.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Bateri ini menggerakkan motor berkuasa 200kW dengan 343Nm daya kilas yang memacu roda belakang, mencapai pecutan 0 ke 100 km/j dalam masa 5.8 saat.

Ia memberikan jarak pandu sejauh 455km (WLTP) dengan keupayaan pengecasan AC dan DC 22kW yang cemerlang dalam segmennya.

Pengecas AC mampu mengecas bateri dari takat 10 hingga 80 peratus dalam masa kurang 3 jam, dengan tiga tahap brek regeneratif iaitu Rendah, Sederhana, dan Tinggi.

Ia disokong pula dengan 23 penderia berketepatan tinggi yang mengaktifkan 21 fungsi ADAS. Varian smart #3 BRABUS pula direka untuk penggemar kenderaan berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0 ke 100km/j dalam masa 3.7 saat.

Kuasa disalurkan menerusi rangkaian kuasa Dual-motor All-Wheel-Drive berkuasa 315kW dengan 543Nm daya kilas, menawarkan pengendalian yang luar biasa, daya tarikan, dan jarak pandu sejauh 415km (WLTP).

smart #3 menampilkan 12 kombinasi warna luaran yang mengagumkan dengan varian ruang dalaman yang membolehkan anda mengalami pengalaman pemanduan tersendiri.

Serentak dengan pelancaran smart #3, smart Malaysia turut memperkenalkan program smartCO. Program ini menawarkan banyak peluang perniagaan bagi pemilik smart dan keistimewaan eksklusif dari perniagaan yang dipromosikan oleh pemilik smart.

smart Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan dua Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) tambahan – DC Handal dan Carput. Ini menjadikan jumlah keseluruhan CPO kepada enam di bawah rakan kongsi PRO-NET.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, smart #3 mempunyai potensi yang besar dalam segmen premium, yang mengukuhkan komitmen syarikat untuk memberikan kecemerlangan.

smart Malaysia memperkenalkan Pemilikan Premium All-Inclusive bertujuan untuk menyampaikan perjalanan yang komprehensif dan bebas kebimbangan untuk pelanggan. Antara tawaran utama termasuklah:

  • Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
  • Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
  • Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun
  • Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
  • Pakej Aksesori Percuma dengan 6 item bernilai RM2,500
  • 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB

smart Malaysia mengumumkan jerayawara smart Tour Brand Roadshow pertama yang menjemput orang ramai menyaksikan kenderaan inovatif smart #1 dan #3.

Pameran ini akan menyediakan maklumat yang mendalam dan demonstrasi langsung mengenai ciri-ciri canggih kenderaan smart, termasuk kemampuan V2L dan fungsi aplikasi Hello smart.

Manfaatkan tawaran smart Fest dan nikmati diskaun sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS. Pengunjung juga akan mendapat maklumat yang terperinci mengenai ekosistem smart daripada pakar dan berpeluang untuk merasai pandu uji kenderaan smart.

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh smart Tour Brand Roadshow:

LokasiTarikh
Level 2 (Centre Court), Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur11 – 14 Julai 2024
Setia Alam Convention Centre (EVx)20 – 21 Julai 2024
Ground Floor, Gurney Plaza, Penang4 – 8 September 2024
Ground Floor, Mid Valley South Key, Johor Bahru19 – 22 September 2024

KLIK UNTUK BESARKAN

smart #3 BRABUS

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply