ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Tour Roadshow kini di Aeon Tebrau, bermula dari 13 hingga 17 November 2024

Berita Tempatan

Views

Jerayawara smart Tour Roadshow kini berada di Aeon Tebrau yang berlangsung dari 13 hingga 17 November 2024.  Lokasi acara ini adalah di Center Court Aeon Tebrau, pada setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sepanjang lima hari Jelajah smart Tour ini, para pengunjung berpeluang untuk meneroka ciri-ciri terkini model EV smart yang terbaharu, iaitu smart #1 dan smart #3.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan aplikasi Hello smart, yang direka khas dengan meningkatkan pengalaman pemilikan EV dalam mencari stesen pengecasan yang terdekat dan menguruskan fungsi kenderaan.

Selain itu, smart Malaysia turut menawarkan sesi pandu uji eksklusif untuk kedua-dua model tersebut sepanjang jelajah ini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Sempena meraikan ulang tahun smart, para pengunjung boleh menikmati Tawaran Eksklusif Watt-A-Year yang memberikan penjimatan sehingga RM37,000 untuk smart #1 dan RM20,000 untuk smart #3.

Tawaran Watt-A-Year ini merangkumi:

  • Pengecas smartCharge Home percuma dengan pemasangan standard
  • RM1,000 smart Points untuk kredit pengecasan EV dan barangan rasmi smart
  • Rebat tunai dan Program Kerjasama Korporat
  • Empat tahun percuma servis berkala

Terokai teknologi EV terkini daripada smart dengan pandu uji kereta impian anda dan nikmati tawaran ulang tahun eksklusif yang hanya tersedia sepanjang jerayawara ini berlangsung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply