ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Corolla Cross facelift dibuka – Harga anggaran dari RM140k, varian baharu HEV GR Sport

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mula membuka tempahan untuk Toyota Corolla Cross facelift, dengan harga anggaran bermula dari RM140,000.

Untuk pasaran tempatan, pilihan varian akan ditawarkan adalah Corolla Cross Hybrid Electric (HEV) dan Corolla Cross HEV GR Sport.

Lima pilihan warna ditawarkan untuk varian HEV, iaitu:

  • Celestite Grey Metallic
  • Red Mica Metallic
  • Silver Metallic
  • Platinum White Pearl
  • Dark Turquoise (warna baharu)

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Varian EV GR Sport pula ditawarkan dengan tiga pilihan warna dwitona dengan bumbung hitam, iaitu:

  • Platinum White Pearl
  • Red Mica Metallic
  • Dark Turquoise

Dari segi penggayaan luaran ia menampilkan rekaan jeriji baharu dengan rekaan nipis, manakala kemasan berbentuk sarang lebah pada bahagian atas bampar.

Selain itu, model ini bakal ditawarkan dengan mod EV dan suis mod pemanduan, brek parkir elektronik dengan penahan brek automatik, unit inforia dengan paparan bersaiz 10.1-inci yang menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto™, monitor pandangan panoramik 360°, sistem telematik kenderaan (VTS) dengan penghidup enjin kawalan jauh (RES).

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Varian EV GR Sport menerima ciri tambahan seperti kit badan GR Sport, suspensi talaan sport dan pendakap casis, kemasan tempat duduk balutan kulit hitam bersama jahitan bebenang merah serta logo GR Sport jenis timbul pada penyandar kepala .

Tiada perincian mengenai rangkaian kuasa yang bakal ditawarkan, namun ia dijangka mengekalkan unit sedia ada iaitu enjin 2ZR-FXE 1.8 liter dengan output keseluruhan 122 kuasa kuda.

Toyota Malaysia turut menawarkan waranti selama lima tahun tahun tanpa had perbatuan, dan waranti selama lapan-tahun tanpa had perbatuan untuk bateri hibrid, penyongsang (inverter) dan juga unit kawalan pengurusan kuasa (ECU).

Pembeli juga diberi pilihan untuk melanjutkan waranti selama dua tahun lagi dengan bayaran tambahan dan ia hanya ditawarkan untuk varian HEV sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Corolla Cross facelift Thailand

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply