ARKIB

KATEGORI

Buletin

SpeedLine Kota Damansara – Cawangan utama Michelin untuk tayar premium beroreintasikan prestasi

Berita Tempatan

Views

Michelin telah melancarkan cawangan sulung utamanya untuk tayar premium berorientasikan prestasi di SpeedLine Kota Damansara. Cawangan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan menawarkan kesemua tayar keluaran Michelin, termasuklah tayar prestasi tinggi ultra (UHP) serta tayar perlumbaan.

Selain itu, SpeedLine juga turut membawakan barangan sukan bermotor. Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Encik Pascal Nouvellon berkata, terdapat peningkatan permintaan untuk tayar berprestasi tinggi dalam kalangan pengguna.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Kerjasama dengan SpeedLine ini memberi peluang kepada Michelin untuk menawarkan produk UHP kepada kumpulan peminat tegar kereta yang memerlukan tayar yang dibuat khas bagi prestasi sukan. SpeedLine adalah pakar yang terkenal dalam perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan tayar khususnya pemilik kereta sport.

Michelin akan sentiasa meneroka setiap peluang yang ada untuk berkembang di negara ini melalui pelbagai cara termasuklah memperluaskan lagi rangkaian pengedar dan meningkatkan profil industri servis kereta agar sejajar dengan ketetapan piawaian antarabangsa.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Sehingga Mac 2019, Michelin mempunyai sebanyak 124 cawangan dibawah jenama Michelin di seluruh negara, 54 pusat TyrePlus dan lebih 350 pengedar persendirian yang berdaftar. SpeedLine Kota Damansara yang berkeluasan 2,221 kaki persegi terletak di 31, Jalan PJU 5/18, 47810 Petaling Jaya, Selangor dan beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam.

Ia menawarkan barangan eksklusif sukan bermotor Michelin dengan setiap pembelian tayar Michelin. Pengguna bukan sahaja mempunyai akses kepada tayar Michelin, tetapi juga juruteknik profesional dan penasihat jualan yang sentiasa menawarkan bantuan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply