ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

SPEKULASI: Toyota Veloz bakal ganti Avanza, masuk pasaran Malaysia tahun depan?

Spekulasi

Views

Toyota Veloz dan Avanza telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Indonesia semalam. Kini timbul desas-desus yang mengatakan salah satu daripada model ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia tahun depan.

Menurut informasi awal yang diperolehi dari ejen perisik Mat Bond, model Veloz antara yang disebut-sebut untuk menjadi salah satu calon model baharu Toyota pada 2022.

Adakah ini bermakna Veloz akan mengambil alih tempat Avanza sebab MPV aras mula Toyota? Menurut Mat Bond, Veloz akan dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti pengeluaran milik Perodua.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Dikhabarkan, Veloz versi CKD itu akan ditawarkan dalam dua pilihan varian, namun tidak dipastikan varian mana akan dijual di sini nanti.

Informasi terbaharu ini mungkin ada asasnya kerana Perodua juga akan menghasilkan kembar model tersebut, Alza (D27A) di kilang yang sama. Kata Mat Bond, Alza (D27A) mungkin ditawarkan dalam tiga pilihan varian.

Jika dilihat pada varian semasa Alza, kami meramalkan D27A nanti akan turut menggunakan pilihan varian yang sama, bermula dari S, SE dan AV.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Berbalik semula pada Veloz, di Indonesia ia ditawarkan dengan tiga pilihan varian, bermula dengan varian MT, Q CVT dan Q CVT TSS. Veloz dikuasakan oleh enjin 1.5 -liter 2NR-VE yang menghasilkan 106 PS dan 137 Nm daya kilas.

Besar kemungkinan Veloz yang akan tiba di Malaysia tahun hadapan hanya ditawarkan dengan pilihan transmisi CVT sahaja.

Varian andalannya ditawarkan dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense dengan enam beg udara berbanding varian lain hanya dilengkapi dua beg udara sahaja.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply