ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal ‘tuan rumah’ acara Sime Motors AutoArena

Berita Tempatan

Views

Sime Motors bakal melakar sejarah menerusi penganjuran acara automotif, Sime Motors AutoArena yang julung kalinya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 hingga 12 Januari 2025.

Acara istimewa ini bakal menampilkan beberapa jenama automotif terkemuka, antaranya BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, Volvo dan pelbagai jenis kereta terpakai premium daripada Auto Selection.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Para pengunjung boleh menikmati promosi menarik, pandu uji dan tawaran khas yang tidak boleh dilepaskan. Acara ini merupakan detik penting bagi Sime Motors sebagai pemain automotif terkemuka dan peneraju dalam segmen kenderaan elektrik (EV).

Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, Sime Motors AutoArena adalah tanda komitmen mereka untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan.

Menampilkan barisan aktiviti yang menarik, tawaran eksklusif dan barangan pameran, semuanya di bawah satu bumbung, acara ini juga dijangka menarik ribuan pengunjung serantau.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Sertai kami dalam mencipta sejarah automotif dan jadilah antara yang pertama merasai pengalaman membeli kereta di stadium.

Berikut adalah butiran Sime Motors AutoArena:

  • Tarikh: 10 hingga 12 Januari 2025
  • Masa: 9 pagi hingga 7 malam
  • Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil

Anda boleh mendaftarkan minat untuk acara Sime Motors AutoArena menerusi PAUTAN INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply