Volvo Car Malaysia kini membuka tempahan untuk model Volvo EX30 yang dipasang secara tempatan (CKD) setelah unit yang diimport sepenuhnya (CBU) telah pun habis dijual.
Sebagai kenderaan Model Tahun 2025 (MY25) yang dipasang secara tempatan, EX30 ditawarkan dalam dua varian, iaitu Ultra dan Ultra Twin Performance, dengan harga bermula dari RM208,888 dan RM228,888.
Tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Cloud Blue, Vapour Grey, dan Crystal White. Penghantaran kumpulan pertama dijangka bermula pada minggu kedua Januari 2025.
EX3 dilengkapi dengan teknologi dan ciri keselamatan yang canggih, termasuklah Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan pandangan sekeliling 360° melalui pelbagai kamera dan penderia.
Selain itu, ia lengkap dengan parkir automatik dengan Park Pilot Assist, serta sistem audio premium dengan pembesar suara Harman Kardon.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Varian Ultra dilengkapi motor elektrik tunggal yang menghasilkan 272 PS dan 343 Nm daya kilas, serta mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 5.3 saat.
Sementara itu, varian Ultra Twin Performance memberikan 428 PS dan 543 Nm daya kilas menerusi dwimotor, mencapai 0-100 km/j dalam hanya 3.6 saat.
Kedua-dua varian dikuasakan oleh bateri NMC 69 kWj, menawarkan jarak sehingga 476 km (WLTP) untuk motor tunggal dan 450 km untuk dwi motor.
Pengecasan pantas DC 175 kW membolehkan pengecasan bateri dari takat 10 hingga 80 peratus dalam tempoh dalam hanya 28 minit.
Pengarah Pembangunan Perniagaan & Pengalaman Pelanggan Volvo Car Malaysia, Bharat Sirohi berkata, EX30 merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya yang dipasang secara tempatan ketiga oleh Volvo di Malaysia.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Volvo Car Malaysia menawarkan Pelan Servis Volvo (VSP) yang meliputi penggantian penapis udara kabin, pemeriksaan cecair brek, penggantian bilah pengelap, dan kemas kini perisian sehingga 5 tahun atau 100,000 km, yang mana terdahulu.
Ia turut merangkumi bahagian yang haus dan lusuh seperti pad brek dan cakera juga termasuk. Pelangganjuga akan dilindungi di bawah program bantuan pinggir jalan 24 jam selama 5 tahun, memastikan perkhidmatan tunda ke pusat servis Volvo yang sah berhampiran.
Untuk ketenangan minda, EX30 disokong oleh jaminan kenderaan selama 5 tahun/tanpa had perbatuan dan jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun/160,000 km.
Jaminan bateri ini menjamin prestasi, dengan pembaikan atau penggantian percuma sekiranya kapasiti jatuh di bawah 70 peratus dalam tempoh jaminan.
Pelanggan boleh membuat tempahan Volvo EX30 secara dalam talian di PAUTAN INI atau berkunjung ke bilik pameran Volvo terdekat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI