ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terima sambutan luar jangkaan, acara Ford Raptor Rev ditunda ke 22 dan 23 Februari 2025

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (Auto ConneXion) telah mengumumkan penundaan tarikh bagi acara yang paling dinantikan iaitu, Ford Raptor Rev.

Acara yang pada sepatutnya berlangsung pada 11 dan 12 Januari 2025 itu kini telah dianjak ke tarikh 22 dan 23 Februari 2025.

Penjadualan semula ini adalah bagi memberi ruang untuk melakukan persiapan yang lebih rapi untuk semua peserta, selepas ia menerima maklum balas dan penyertaan di luar jangkaan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Disebabkan oleh permintaan yang tinggi, Ford telah membuka 40 lagi penyertaan bagi pemilik Raptor, menjadikan keseluruhannya 90 penyertaan.

Tarikh akhir pendaftaran bagi kouta tambahan ini adalah pada 22 Januari 2025, selagi kekosongan masih ada.

Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya memohon maaf kerana perlu menjadualkan semula acara ini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Beliau sangat berterima kasih di atas kesabaran dan kesefahaman yang ditunjukkan oleh kalangan komuniti Ranger Raptor dan semua peminatnya.

Tambahnya, maklum balas di luar jangkaan yang diterima ini sekali gus menunjukkan kesungguhan pelanggan, dan pihaknya bertekad akan memberikan pengalaman yang terbaik buat semua.

Ujarnya lagi, bagi memastikan keselesaan dan kepuasan semua, acara ini juga akan dilanjutkan menjadi dua hari berbanding hanya sehari.

Mereka yang telah mendaftar awal pula tetap akan menikmati kelebihan seperti yang dijanjikan, dan semua peserta akan dimaklumkan berkaitan kemas kini yang terlibat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply