Tesla Malaysia menerusi satu kenyataan mengumumkan pembukaan stesen supercharger di Pavilion Bukit Jalil. Stesen ini dilengkapi dengan enam supercharger dan dua destination charger.
Ia terletak di parkir B1, Pavilion Bukit Jalil dan beroperasi selama 24 jam. Berikut adalah kadar parkir yang dikenakan:
- Isnin hingga Jumaat – Dua jam yang pertama RM2.00, setiap jam berikutnya RM1.00
- Sabtu, Ahad dan Cuti umum – Dua jam yang pertama RM3.00, setiap jam berikutnya RM1.00
- Caj Maksimum Harian (7 pagi hingga 7 pagi) – RM15.00
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Kadar bayaran penggunaan supercharging adalah RM1.25 / kWj. Caj tinggal kenderaan semasa mengecas pula adalah sehingga RM4.00 / minit, apabila stesen supercharging digunakan 100 peratus.
Sehingga kini, Tesla sudah mempunyai 30 supercharger dan 25 destination charger yang beroperasi di bandar-bandar utama di Malaysia.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dengan keupayaan pengecasan 250kW, sebuah Model 3 boleh bergerak sejauh 282km dengan mengecasnya selama 15 minit. Ia bersamaan empat kali pusingan dari Tesla Experience Centre di Cyberjaya ke Pavilion Bukit Jalil.
Pengecasan rentas-negara juga di Malaysia dan Singapura kini ditawarkan. Dengan sokongan bersepadu untuk kenderaan Tesla dan aplikasi mudah alih, pemilik mampu menavigasi dengan mudah, prasyarat bateri kenderaan dan mengakses stesen pengecasan untuk pengalaman pengecasan yang pantas dan tanpa kerumitan.
Ini termasuk pemantauan masa nyata ketersediaan pengecas, status pengecasan, pembayaran dan sokongan teknikal.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI