ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas pesawat BK 160 Gabriel – Juruterbang dan pembantu juruterbang terkorban

Berita Tempatan

Views

Polis Selangor mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang terkorban dalam nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata mayat kedua-dua mangsa lelaki warga tempatan ditemui di bahagian kokpit yang terbenam lebih dua meter dalam tanah.

Bomba dengan kerjasama polis dan agensi berkaitan sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa. Lebih 45 peratus bahagian kokpit pesawat seberat 1,300 kilogram berkenaan terbenam.

Mangsa yang terbabit adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42. Mayat dijangka dapat dibawa keluar dalam tempoh tiga jam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Seterusnya proses pengecaman untuk diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian sebentar tadi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail.

Pasukan penyelamat berdepan kesukaran untuk mengeluarkan kedua-dua mayat mangsa dan terpaksa menggunakan jengkaut Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

“Sukar sebab terbenam, tidak boleh korek sembarangan, …lokasi itu dalam kawasan kelapa sawit,” katanya sambil menambah serpihan pesawat terbabit tersebar dalam lingkungan 50 meter.

Dalam pada itu katanya, siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan polis akan membuka kertas siasatan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan Kematian Mengejut.

Seramai 150 anggota pelbagai agensi terbabit dalam usaha mengeluarkan mayat mangsa.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat yang terhempas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC dikendalikan Air Adventure Flying Club.

Pesawat dalam penerbangan rekreasi

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 tengah hari, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, Norazman berkata, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JBPM Selangor dan Marianna Rychkovskaia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply