Aveta Motor Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan supermoped terbaharunya, Aveta SVR180 secara dalam talian menerusi laman Facebook rasminya pagi tadi.
Aveta SVR180 boleh didapati di semua pengedar sah jenama tersebut di seluruh Malaysia bermula hari ini, 25 Julai 2022.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Merah, Biru dan juga Cyan. Menurut Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Aveta Motor Malaysia, Hon Swee Leong, harga jualan yang disyorkan untuk model supermoped ini adalah RM 9,988.
Aveta SVR180 menampilkan gaya reka bentuk aggresif dengan lampu hadapan dan lampu posisi hadapan jenis LED, serta tuas (lever) cekam/klac dan brek yang direka khas seperti sebuah jentera perlumbaan.
Selain itu ia turut dilengkapi panel meter digital sepenuhnya, fork depan teleskopik, suspensi belakang jenis monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, serta port USB dengan fungsi pengecasan pantas.
Supermoped ini dikuasakan oleh enjin empat-lejang berkapasiti 175cc DOHC sejukan cecair yang mampu menjana 16.8 kuasa kuda pada 8,500 rpm dan menepati piawaian Euro 4. Enjin ini digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI