ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUSK Tok Pa parah Proton X70 terlanggar besi di tengah lebuh raya

Berita Tempatan

Views

Setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada seorang menteri cedera apabila kenderaannya terlanggar sebatang besi dan terbabas di Kilometer 14.6 Lebuhraya Utara Selatan hala ke Damansara, Petaling Jaya, tengah malam tadi.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menurut Berita Harian, difahamkan mangsa adalah SUSK Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam, lelaki berusia 47 tahun itu memandu Proton X70 bersendirian dikatakan terlanggar sebatang besi di tengah lebuh raya sebelum ia melantun ke cermin hadapan.

Batang besi itu kemudian menembusi cermin hadapan dan terkena mangsa sehingga menyebabkannya patah tulang hidung serta cedera bahagian pipi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata akibat kejadian itu, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar penghadang kiri jalan.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Jelasnya, objek batang besi berkenaan berkemungkinan terjatuh daripada lori yang melalui kawasan itu kerana pemeriksaan mendapati tiada kerja pembinaan dijalankan ketika kejadian. Mangsa yang cedera dikejarkan ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan dan kenderaannya pula mengalami pelbagai kerosakan pada bahagian hadapan.

Nik Ezanee berkata, saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176. Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply