ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek pecah cermin kereta dan ugut pemandu wanita ditahan, ada tujuh rekod jenayah

Berita Tempatan

Views

Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, di Kota Bharu, Khamis lalu akhirnya ditahan polis.

Harian Metro melaporkan, suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Nilam Puri, 6.30 petang semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek kini ditahan reman empat hari bermula hari ini.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK. Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah dan polis turut merampas pisau yang digunakan ketika hari kejadian.

Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati negatif dadah. Media sebelum ini melaporkan, polis mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut pemandu wanita di Simpang Empat Limbat.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat sebelum dihimpit Toyota Vios yang dipandu individu tidak dikenali.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa membunyikan hon sehingga menimbulkan kemarahan kepada suspek.

Beliau mengingatkan kepada mereka yang melakukan buli di jalanan, pihaknya akan memastikan mereka tidak akan terlepas dan akan menerima hukuman setimpal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply