ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sutton MonsterRaptor CS520 tiba di Malaysia – 1 unit telah terjual

Views

Ibu kepada segala Ford Ranger Raptor akhirnya mendarat di bumi Malaysia. Trak pikap gergasi Sutton MonsterRaptor CS520 kini dijual di Hamawangsa AutoMall Kuala Lumpur. Info ini diperolehi dari Mike Maximiliano yang baharu sahaja menghantar pesanan peribadi ke laman Faceebook rasmi kami.

Menurutnya ada beberapa unit terhad telah tiba di Malaysia dan salah satu daripadanya telah pun dijual. Harga raksasa ini tersangatlah ‘keras’, ia dijual pada harga RM788K seunit! Trak pikap ini adalah versi Ford F-150 Raptor keluaran tahun 2018 yang telah ditala oleh syarikat Clive Sutton yang berpangkalan di UK.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

Mereka turut menawarkan kenderaan yang diubah kepada pemanduan sebelah kanan hasil kerjasama dengan rakan niaga dari Australia yang menjalankan perniagaan di Asia. Trak ini dikuasakan oleh enjin 3.5-liter turbo-berkembar V-6 yang mampu menjana 450 hp dan 691Nm tork dan ia digandingkan bersama transmisi 10-kelajuan automatik.

Penggunaan bahan bakar sekitar 18 mpg di lebuh raya dan ia dikatakan lebih cekap tenaga berbanding model sebelumnya. Kelajuannya dari keadaan pegun ke 60 mph hanya dalam 5.1 saat. Siapalah gerangan pemilik pertama ‘gergasi’ ini ye?

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply