ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elak bekalan minyak kering, perbincangan segera perlu diadakan – Pakar ekonomi

Views

Semalam, Berita Harian melaporkan, perbincangan segera perlu diadakan antara kerajaan, syarikat pembekal minyak dan pengusaha stesen minyak bagi mengelak risiko bekalan petrol dan diesel kering menjelang 1 Januari 2019. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, berkata ia perlu dibuat bagi mencapai persefahaman berhubung pembelian bekalan bahan mentah itu pada kadar harga yang dipersetujui semua pihak.

Beliau berkata, isu ini membabitkan hubungan antara syarikat pengeluar minyak dan stesen minyak. Stesen minyak hanya akan mendapat bekalan sehari selepas membuat pembayaran mengikut kepada perjanjian. Sekiranya stesen minyak memesan bekalan minyak pada 31 Disember, mereka perlu membayar lebih kerana harga minyak di jangka turun pada 1 Januari.

Ketiga-tiga pihak perlu segera berbincang untuk mencari penyelesaian terbaik termasuk menetapkan satu harga yang boleh dibeli oleh stesen minyak supaya tidak berlaku kerugian. Beliau berkata demikian semasa mengulas lanjut kebimbangan yang disuarakan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (BUMIPEDA), Datuk Abu Samah Bachik berhubung bahan bakar tersebut yang dijangka kering menjelang 1 Januari depan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

Perkara itu berpunca daripada keengganan pengusaha stesen minyak menambah simpanan dalam tangki menjelang penghujung bulan ini. Menurutnya, apa yang boleh dilakukan oleh syarikat pengeluar minyak adalah menjual bekalan pada harga yang lebih rendah lebih awal. Tambah beliau lagi, pihaknya perlu berbincang syarikat pengeluar minyak supaya harga dibawa ke hadapan lebih awal.

Namun, pihaknya percaya mereka tidak berani ambil risiko kerana masih belum ada kepastian berhubung harga minyak baharu nanti. Katanya lagi, panik pengguna mungkin akan berlaku sekiranya ada stesen minyak yang sengaja menjual bekalan mereka pada harga yang lebih tinggi apabila orang ramai terdesak pada saat akhir.

Jadi, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian supaya keadaan huru-hara tidak berlaku. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menerusi kenyataan baru-baru ini berkata kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum, termasuk RON95 kepada harga lebih rendah mulai 1 Januari ini. Ia berikutan kesediaan kerajaan untuk mengembalikan semula mekanisme harga jualan runcit secara mingguan bagi memberi manfaat kepada pengguna.

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply