Baru-baru ini Suzuki Malaysia Automobile (SMA) melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) nya untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Sg. Judah, yang merupakan sekolah untuk anak-anak orang asli di Pulau Carey, Klang. Suzuki Malaysia Automobile (SMA) telah mendermakan sebuah Suzuki APV untuk kegunaan sekolah tersebut.
Semasa majlis penyerahan Suzuki APV kepada Guru Besar sekolah tersebut, En. Abd. Rahman Ahmad, Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki, turut menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai kepada Nur Sahira Natasha, Nurul Atiqah Shafillah, Fatin Hani Zaharah, Muhamad Yusri, Muhammad Norrizzman dan Joe bin Yusri yang merupakan pelajar cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.
SK Sg. Judah sebenarnya adalah ‘sekolah angkat’ kepada Suzuki Malaysia Automobile (SMA) sejak Februari 2012. Sebelum ini, pelbagai bantuan telah diberikan kepada pihak sekolah dan pelajar antaranya menaik taraf kemudahan IT, pemberian televisyen LCD untuk tujuan pembelajaran interaktif, menganjurkan majlis berbuka puasa bersama guru, pelajar dan keluarga, memberi peluang kepada pelajar menonton pelawanan bola sepak Piala AFF Suzuki dan juga anugerah pelajar cemerlang.
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
Suzuki APV ni baru @ second-hand?
Sebab rasenye Suzuki dah tak produce lagi model APV utk pasaran Malaysia
diorang import khas kot dari indon untuk sekolah ni..