ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAC GS3 EMZOOM dilancarkan – Dua varian, harga bermula dari RM118,900

Berita Tempatan

Views

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd, semalam telah melancarkan GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz padat ini adalah unit siap bina (CBU) dan ditawarkan dengan dua pilihan varian, GS3 EMZOOM Exclusive dan GS3 EMZOOM Premium R.  

Harga jualan bermula dari RM118,900 bagi varian GS3 EMZOOM Exclusive, manakala varian GS3 EMZOOM Premium R dijual pada harga RM128,900.

Empat pilihan warna ditawarkan, antaranya Salt Lake Blue, Ivory White, Graphene Grey dan Super Star Silver. Sempena meraikan pengenalan rasmi model ini, WTCA menawarkan Pakej Pelancaran Khas kepada 2,000 pelanggan terawal yang merangkumi:

  • Tiga kali servis berjadual percuma termasuk upah, alat ganti, dan pelincir.
  • Jaminan enjin dan rangkaian kuasa selama 7 Tahun/180,000km secara eksklusif untuk pemilik kenderaan yang pertama didaftarkan, selain daripada jaminan standard selama 5 tahun/150,000km.
  • Pelanggan terawal juga akan menerima GAC Smart Watch Key terhad secara percuma, yang berfungsi seperti kunci kereta asal dengan ciri-ciri keterhubungan tambahan jam tangan pintar.

WTCA dan GAC Motor International Co., Ltd. (GAC Motor International) dijangka memulakan pengeluaran bagi versi pemasangan tempatan (CKD) GAC GS3 EMZOOM di kilang WTCA Segambut, kira-kira 13 bulan selepas mengumumkan projek tersebut pada 2023.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah spesifikasi ringkas GAC GS3 EMZOOM:

Dimensi

GAC GS3 EMZOOM berukuran 4,410mm panjang (4,446mm for Premium R), 1,850mm lebar, 1,600mm tinggi dan jarak tapak roda 2,650mm. Kapasiti bagasinya adalah 341 liter (boleh bertambah sehingga 1,271 liter), manakala berat kerbnya 1,415kg.

Rangkaian kuasa

Ia dikuasakan oleh enjin 1.5 turbocas 4-silinder dengan output maksimum 1,77PS pada 5,500rpm dan 270Nm daya kilas pada 1,400-4,500rpm. Enjin ini digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam basah (7WDCT) dengan pacuan roda hadapan (FWD). Kuasa pecutan dari 0-100km/j adalah 8 saat dengan purata penggunaan bahan api 5.9 liter bagi setiap 100km (NEDC).

Casis

SUV padat ini menggunakan tayar bersaiz 225/55 R18 dengan sistem suspensi hadapan topang MacPherson dan rasuk kilasan di belakang. Brek hadapannya adalah jenis cakera berliang, manakala di belakang menggunakan crek cakera.

Penggayaan

Reka bentuk model ini menampilkan jeriji ikonik ‘Sayap Mecha’, lampu hadapan Laser Eye terpisah jenis LED, lampu belakang Light Dart jenis LED, pemegang pintu elektrik tersembunyi, pakej R-Style Sport, ekzos R-Style Sport, bumbung suria panoramik, pintu but bebas tangan dan kemasan dalaman dengan kombinasi warna biru dan hitam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hiburan dan Keselesaan

Kabinnya dilengkapi unit inforia dengan skrin sesentuh bersaiz 10.25-inci, Apple CarPlay nirwayar, sistem kamera pandangan keliling, port USB-C di hadapan, pengecas telefon pintar nirwayar, kawalan suhu automatik, pencahayaan ambien pelbagai-warna, tempat duduk kuasa dengan pelarasan enam-cara dan penghidup enjin kawalan jauh.

Keselamatan

Dari aspek keselamatan, GAC GS3 EMZOOM dilengkapi dengan dua beg udara hadapan, dua beg udara sisi hadapan, beg udara tirai sisi, Kawalan Mendaki, Kawalan Turun Curam, Brek Parkir Elektronik dengan Autohold, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), cagak ISOFIX dan Pemantau Titik Buta (BSV).

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) – Pemanduan kendiri Tahap 2.

Model dilengkapi sisetem ADAS dengan pemanduan kendiri Tahap 2 yang merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Sistem Pengecaman Tanda Trafik (TSR), Bantuan Suluhan Lampu Jauh (HMA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Had Kelajuan Pintar (ISLC) dan Bantuan Parkir Automatik Fusion (FAPA).

Rangkaian GAC di Malaysia kini sedang berkembang pesat dengan 15 pengedar rasmi setakat ini. WTCA menjangkakan akan membuka lebih 20 bilik pameran dan pusat servis yang beroperasi di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia menjelang suku ketiga 2024.

Selain itu, mereka turut  merancang untuk melebarkan sayap ke Malaysia Timur. Semua pusat servis adalah lengkap sepenuhnya untuk menyokong pelanggan GAC di Malaysia, dengan bekalan alat ganti yang mencukupi sudah ada dalam stok.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply