ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Raider GP Special Edition kini boleh ditempah, terhad 480 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook Suzuki Malaysia menerusi hantaran terbaharu memaklumkan model moped Suzuki Raider GP Special Edition kini boleh ditempah di semua pengedar Suzuki terdekat di seluruh Malaysia mulai sekarang.

Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, Suzuki Raider GP Special Edition hanya dikeluarkan sebanyak 480 unit sahaja, jadi stok adalah terhad dan anda perlu menempahnya dengan segera.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Unit Raider GP Special Edition ini didatangkan bersama nombor siri yang selari pada casis, ’emblem’ dan sijil pemilikan bagi setiap unit keluaran terhad.

Model ini menampilkan grafik liveri jentera lumba pasukan MotoGP Suzuki Ecstar musim 2021/22. Selain itu, setiap pembelian Raider GP Special Edition akan turut menerima Kotak Hadiah Eksklusif Suzuki.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Di dalam kotak hadiah tersebut mengandungi beberapa barangan cenderahati eksklusif Suzuki seperti:

  • Rantai kunci Suzuki Raider GP
  • Earbud nirwayar Suzuki Raider GP
  • Pembesar suara Bluetooth mudah alih Suzuki Raider GP
  • Lampu suluh bersama lampu amaran dan alatan Suzuki Raider GP
  • Sijil pemilikan Suzuki Raider GP

Menurut admin Facebook Suzuki Malaysia, harga bagi model ini boleh didapati daripada pengedar rasmi Suzuki di seluruh Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suzuki Malaysia

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply