ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat China mahu jadikan Melaka hab pemasangan EV pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Kerajaan negeri menerima cadangan daripada sebuah syarikat antarabangsa yang berminat untuk menjadikan Melaka sebagai hab pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di negara ini.

Menurut Harian Metro, EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, cadangan daripada syarikat dari China itu sedang dibincang dan diteliti sebelum diputuskan tidak lama lagi.

Katanya, wakil syarikat berkenaan sudah menghubunginya baru-baru ini dan menyatakan hasrat berkenaan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau akan meneliti dahulu cadangan berkenaan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) termasuk lokasi yang sesuai bagi membangunkan kilang pemasangan EV terbabit.

Tambah beliau, pada dasarnya pihaknya tiada halangan, namun ia memerlukan perbincangan teliti dengan semua agensi berkaitan termasuk berkaitan lokasi serta impak ekonomi negeri serta rakyat keseluruhannya.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, bermula tahun depan, kerajaan negeri menerusi PKNM akan memberi keutamaan kepada industri automotif yang disifatkan sebagai satu daripada industri terbesar yang akan dibawa masuk ke negeri ini.

Katanya, sebelum ini syarikat kenderaan, Honda yang membuka kilang pemasangan di Pegoh, Alor Gajah, berjaya membuktikan keupayaan pengoperasiannya di Melaka, sekali gus meletakkan negeri ini sebagai sebuah lokasi terbaik dalam sektor pemasangan automotif di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi PKNM dan Invest Melaka mensasarkan untuk menarik lebih ramai pelabur bagi meneroka bidang aero angkasa, industri minyak dan gas di negeri ini.

Beliau berkata, kedua-dua anak syarikat berkenaan sedang melakukan kajian menyeluruh mengenai tahap kesesuaian dalam semua aspek bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Katanya, langkah itu susulan kejayaan syarikat Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) di Batu Berendam menjadi pembekal komponen kepada beberapa pesawat Boeing di seluruh dunia.

Bagi industri minyak dan gas anak syarikat PKNM iaitu PKNM Energy akan mempelopori industri berkenaan di sepanjang tiga batu nautika membabitkan kawasan dari Umbai di Serkam ke Kuala Linggi, Masjid Tanah.

Minyak dan gas industri sokongan kepada Industri Marin yang sedang berkembang di Melaka dan sudah pasti akan memberi pulangan ekonomi yang baik untuk negeri tersebut. Ab Rauf berkata, sehingga bulan ini PKNM berjaya membawa pelaburan masuk ke Melaka bernilai RM3.4 bilion.

Sehubungan itu, kerajaan negeri meletakkan sasaran RM5 bilion jumlah pelaburan tahun hadapan susulan beberapa perancangan pembangunan yang dijangka mampu menarik perhatian pelabur tempatan dan antarabangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply