Jenama motosikal keluaran Yamaha antaranya RX-Z dan 125zr ternyata telah berada pada tahap yang tidak masuk akal ketika ini sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Menurut K! ONLINE, sama juga dengan jenama Honda menerusi model yang begitu terkenal EX5 yang pernah mencecah sejuta belian di negara ini yang juga telah mencecah harga belasan ribu ringgit.
Terkini, satu lagi jenama dari Jepun iaitu Suzuki juga tidak mahu kalah apabila model skuternya V100 kini menjadi buruan orang ramai.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
V100 merupakan satu-satunya model skuter yang menggunakan enjin dua lejang seperti apa yang dibawa oleh model-model Suzuki yang lain antaranya RG-V serta Panther TXR.
Tinjauan di beberapa laman web jualan kenderaan, ternyata model V100 telah disenaraikan sebagai motosikal yang paling sukar diperolehi ketika ini kerana produksi yang telah dihentikan.
Kalau ada sekalipun, harganya sudah mencecah RM5,000 hingga RM7,000 bagi yang lengkap dokumen dan masih digunakan (running).
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Manakala bagi yang tersadai, jangan terkejut apabila boleh mencecah RM3,000 seunit. Jika sebelum ini jenama V100 langsung tidak dipandang.
Rata-rata orang ramai menyatakan pandangan mereka terhadap harga skuter ini yang turut menjadi fenomena baharu di Malaysia.
Jelas KeriKhairi, ternyata enjin skuter ini begitu laju dan berkuasa dan juga senang untuk diselenggara terutamanya kepada mekanik ‘otai’.
Kata Joe Rahman Kontena pula, dia baru mendapatkan skuter ini bulan lalu. Alat ganti juga masih ada di Shoopee dan tidak terlalu mahal.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Ahmad Sudais
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI