ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW perkenal Concept XM, ‘lobang hidung’ semakin besar!

Berita Global

Views

Ini adalah BMW Concept XM yang merupakan SUV palam-masuk (plug-in) 750 kuasa kuda yang merupakan SUV M kendiri pertama dan kenderaan kendiri M kedua sejak supercar M1 pada lewat 1970-an.

Secara teknikalnya, ia adalah gambaran kepada visi BMW mengenai bagaimana rupa model BMW X berprestasi tinggi pada masa depan. Jangan terkejut apabila melihat jerijinya yang semakin membesar dan ia bukanlah mangsa ujian calitan berulang-kali.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Kombinasi jeriji ‘besar gedabak’ dan susunan lampu bertingkat yang memisahkan lampu siang (DRL) nipis dari lampu utama memberi bayangan kepada rekaan hadapan baharu model mewah BMW pada masa akan datang. Rekaan belakangnya pula menampilkan corong ekzos besar yang disusun secara menegak.

Sekiranya anda rasa jelik dengan rekaan ini, besar kemungkinan anda akan membenci model generasi baharu 7-Series yang akan dilancarkan awal tahun depan. Rekaan kabinnya nampak lebih moden dan mewah dengan pilihan bahan yang premium.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

BMW tidak memperincikan mengenai trenkuasanya, namun ia dikatakan akan menggandingkan enjin petrol V8 bersama motor elektrik. Gandingan ini mampu menghasilkan 750 kuasa kuda dan 999 Nm daya kilas!

Ia mampu memecut dari pegun ke 60 batu sejam dalam masa tiga saat, manakala jarak pemanduannya dikatakan sekitar 50 batu menurut protokol WLTP Eropah.

Model produksinya dijangka bakal diperkenalkan pada penguhujung tahun depan (2022) dan dari segi harga, ia dijangka bakal berentap dengan model dari Bentley, Porsche dan Lamborghini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply