ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat dari Australia akan bina kilang CKD kereta FCEV di Sarawak

Berita Tempatan

Views

Sarawak memberi fokus kepada penggunaan lebih banyak lagi Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api (FCEV) yang menjadikan hidrogen sebagai sumber tenaganya, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Hipni.

Menurut Bernama, beliau berkata fokus ini selaras dengan visi Sarawak serta komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, sebagai permulaan kerajaan negeri akan mengimport lebih banyak kenderaan hidrogen bagi kegunaan kabinet negeri.

Selain itu, katanya sebuah syarikat dari Australia akan membina sebuah kilang pemasangan kereta hidrogen di sini dalam masa terdekat bagi membolehkan harga kenderaan itu lebih rendah dan mampu dimiliki oleh lebih ramai rakyat, berbanding jika ia diimport.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Beliau mengambil contoh kejayaan Norway yang hanya mengambil masa empat tahun menggalakkan rakyatnya menggunakan kenderaan elektrik menerusi pengecualian cukai import dan diskaun cukai pendapatan, yang menyaksikan 75 peratus kenderaan di negara itu merupakan kenderaan elektrik.

Sementara itu Hazland berkata Sarawak kini sudah mencapai satu peringkat untuk menerima pelaburan langsung asing dari seluruh dunia untuk membangunkan industri tenaga hijau khususnya hidrogen di Sarawak.

Tambah beliau lagi, pada ketika ini, sudah ada dua syarikat iaitu syarikat dari negara Korea dan Jepun dengan usaha sama syarikat tempatan Sarawak untuk membina kilang hidrogen di Bintulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan: Kredit H2X

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply