ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta remuk teruk tapi pemandu selamat – Proton X50 memang layak dapat 5-Bintang ASEAN NCAP!

Tular

Views

Siang tadi tular rakaman video dan foto kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Proton X50 di Kilometer 297.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Menurut saksi kejadian yang merupakan usahawan kosmetik dan juga pemilik akaun Facebook bernama Sepet Vtec, SUV tersebut dikatakan hilang kawalan dan berpusing sebanyak beberapa kali di hadapan kenderaannya sebelum terseret hampir 100 meter.

Ia kemudiannya melanggar pembahagi jalan dan dipercayai pemandunya cuba mengelak objek (rim dan cebisan tayar lori) yang tercicir di tengah lebuh raya. X50 itu remuk teruk di bahagian depan dan boleh dikatakan ‘total loss‘, namun pemandunya selamat dan berjaya dikeluarkan dari kenderaannya dengan bantuan orang awam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Jika dilihat pada tiang-A X50 malang itu, ternyata ia masih lagi kukuh, hanya kemek dan tidak bengkok atau patah meskipun kami merasakan ketika kejadian SUV tersebut dipandu dalam kelajuan yang agak tinggi. Bukan itu sahaja, kesemua beg udaranya berfungsi dengan baik dan berjaya mengurangkan impak kecederaan kepada pemandunya.

Ternyata, ini boleh dijadikan testimonial terbaik buat Proton untuk membuktikan yang SUV ini sememangnya selamat dan layak untuk menerima penarafan 5-bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Maknanya, betul la apa yang dikatakan oleh Ketua Keselamatan dan Pemanduan Pintar Proton, Zanita Zainuddin, bukan mudah untuk X50 mendapat penarafan tertinggi itu memandangkan mereka terpaksa melakukan banyak perubahan dan penambahbaikan dari model asal, Geely Bin Yue.

Bukan kami ‘nak bodek’ Proton, tapi kalau anda tak percaya boleh baca artikel kami yang terdahulu. Buat pemandu dan pemilik X50 ini, takziah kami ucapkan. Semoga tabah atas dugaan yang menimpa, cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply