ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak dapat cari trak pikap, Ativa terpaksa jadi ‘peti ais bergerak’ angkut 230 botol Air Kathira dari JB ke Klang

Tular

Views

Sejak semalam tular beberapa foto dan video ‘kegigihan seorang peniaga’ yang dikongsikan pemilik akaun Facebook bernama Domok Hakuna Matata ke laman group Ativa Club Malaysia.

Hantaran tersebut memaparkan Perodua Ativa miliknya yang terpaksa menjadi ‘peti ais bergerak’ sementara untuk membawa 230 botol Air Kathira Abu Bakar dari Johor Bahru ke Klang.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Menurutnya, punca dia terpaksa ‘mengorbankan’ Ativa miliknya untuk mengangkut stok ‘Air Kayangan’ yang tular itu kerana gagal mendapatkan khidmat trak pikap pada saat akhir.

Katanya, disebabkan Ativa tersebut ‘disumbat dengan ketulan ais dalam kuantiti yang banyak’ termasuk botol-botol Air Kathira, SUV kompak itu menjadi ‘mendap’ hingga terjongket.

Dia memulakan perjalanan dari Johor Bahru kira-kira jam 3:00 pagi dan tiba di Klang pada jam 9:00 pagi. Sepatutnya dalam keadaan biasanya, perjalanan tersebut hanya memakan masa tiga jam sahaja.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Namun, disebabkan bimbang dan bagi mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini, Ativa itu tidak boleh dipandu laju.

Akhirnya, mereka selamat tiba di Klang bersama 200 botol 1.5L dan 30 botol 500ml Air Kathira. Kereta mereka juga masih dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang kerosakan.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet dan turut dikongsikan oleh beberapa laman Facebook popular yang lain hingga menjadi tular. Gigih betul mereka ni mencari rezeki di bulan Ramadan kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Domok Hakuna Matata

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply